Skip to content
27/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

PFAM, FIFPRO bantu pemain Mauritania terkandas pulang ke tanah air

Panya Isamael 24/10/2025 (Last updated: 24/10/2025) 0 comments
571346144_806037432189728_1378475226305603825_n

KUALA LUMPUR – Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) dengan kerjasama Persekutuan Pemain Bola Sepak Profesional Dunia (FIFPRO) tampil menghulurkan bantuan kepada seorang pemain dari Mauritania, Youssouf Wade, yang dilaporkan terkandas di Malaysia selama hampir 10 bulan.

Menurut kenyataan PFAM, pemain tersebut sebelum ini beraksi bersama sebuah kelab tempatan namun berdepan masalah dalaman kelab berkenaan sehingga gagal memperbaharui pas lawatan dan pasportnya. Situasi itu menyebabkan beliau tidak dapat meninggalkan Malaysia.

Bertindak atas makluman yang diterima daripada FIFPRO, PFAM segera mengambil langkah proaktif dengan mengatur kerjasama bersama Kedutaan Mauritania di Indonesia bagi mendapatkan Dokumen Perjalanan Kecemasan (DPK) untuk membolehkan Youssouf kembali ke tanah airnya.

Dalam masa sama, PFAM turut membantu mendapatkan Pas Istimewa daripada Jabatan Imigresen Malaysia menerusi Program Repatriasi Migran, iaitu satu inisiatif bagi memastikan penghantaran pulang warga asing dilakukan secara teratur, selamat dan bermaruah.

Kerjasama tersebut turut disokong oleh Barbara Mere (Peguam FIFPRO), Asyraf Zulkefle (Eksekutif Perundangan PFAM) serta Hanani Azren (Eksekutif Pentadbiran PFAM) yang memainkan peranan penting memastikan segala urusan berjalan lancar.

PFAM dalam kenyataannya menegaskan bahawa badan itu akan terus komited melindungi kebajikan dan hak semua pemain bola sepak profesional di Malaysia tanpa mengira warganegara.

“PFAM akan sentiasa berdiri teguh bersama FIFPRO dalam memperjuangkan hak serta memastikan semua pemain dilayan dengan adil dan bermaruah,” jelas kenyataan itu. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Haim Hilman terima nasihat berharga daripada Tun Dr Mahathir
Next: Acosta catat masa terpantas sesi practice MotoGP Malaysia 2025

Related Stories

KL city
  • SUKAN

KL City dapat kelulusan khas daftar pemain bertemu Kuching City

Arisna Wiguna 26/08/2026 0
jihin hirata
  • SUKAN

Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata

Solomon 26/08/2026 0
MFL
  • SUKAN

MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0

Arisna Wiguna 25/08/2026 0

TERKINI

  • KL City dapat kelulusan khas daftar pemain bertemu Kuching City
  • 50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI
  • ‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran
  • Cadangan Kerjasama Strategik Perpaduan Melayu Demi Kesejahteraan Semua Kaum
  • Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by