Acosta catat masa terpantas sesi practice MotoGP Malaysia 2025

SEPANG – Pelumba sensasi KTM, Pedro Acosta membuktikan kehebatannya apabila muncul pelumba terpantas dalam sesi latihan bebas (practice) MotoGP Malaysia 2025 di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

Aksi Acosta penuh dramatik apabila dia terlibat dalam kemalangan di selekoh 9 seawal empat minit sesi bermula, namun bangkit dengan bergaya untuk mencatat masa terbaik 1 minit 57.559 saat, sekali gus menutup mulut para pencabar.

Pelumba veteran, Johann Zarco mengekori di tempat kedua, manakala rakan sepasukannya Jack Miller menamatkan sesi di tempat ketiga.

Saingan sengit turut disajikan oleh Joan Mir yang berada di tempat keempat, diikuti juara dunia 2021 Fabio Quartararo di kedudukan kelima.

Sementara itu, Francesco Bagnaia (Pecco) yang dijangka memberi cabaran hebat, hanya mampu berada di tempat ke-12 selepas gagal memperbaiki catatan masanya menjelang penghujung sesi.

Sesi latihan kali ini turut menyaksikan beberapa insiden, termasuk kemalangan kedua Acosta dan Augusto Fernandez di selekoh 9 ketika masa berbaki kurang tiga minit.

Berikut keputusan penuh sesi practice MotoGP Malaysia 2025:

Pedro Acosta (KTM) – 1:57.559

Johann Zarco

Jack Miller

Joan Mir

Fabio Quartararo

Fabio Di Giannantonio

Franco Morbidelli

Pol Espargaro

Alex Marquez

Alex Rins

Aksi sebenar dijangka lebih mendebarkan apabila sesi kelayakan (QP) berlangsung esok, dengan tumpuan pasti terarah kepada Acosta yang kini muncul calon utama podium di Sepang. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - MotoGP