Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Presiden ASTAF sambut kehadiran kepimpinan tertinggi PSM di Sukan SEA 2025

Panya Isamael 13/12/2025 (Last updated: 13/12/2025) 0 comments
Untitled

NAKHON PATHOM, Thailand – Presiden Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF), Datuk Abdul Halim Kader (AHK), semalam menyambut kehadiran kepimpinan tertinggi Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) yang diketuai Presidennya, Datuk Sumali Reduan, bersama Datuk Dazma dan Datuk Abidullah, bersempena penganjuran acara Sepaktakraw dan Chinlone di Sukan SEA 2025.

Abdul Halim menyatakan rasa gembira serta penghargaan atas kesudian barisan kepimpinan PSM hadir memberikan sokongan secara langsung di venue pertandingan, yang disifatkan sebagai isyarat jelas komitmen berterusan Malaysia terhadap pembangunan dan kecemerlangan sukan Sepaktakraw di peringkat serantau serta antarabangsa.

Menurut beliau yang merangkap Delegasi Teknikal Sukan SEA ke-33 Thailand 2025, kehadiran pimpinan tertinggi PSM bukan sahaja menjadi suntikan moral kepada atlet, jurulatih dan pegawai kontinjen Malaysia, malah turut memperkukuh hubungan strategik antara PSM, ASTAF dan Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) dalam memastikan penganjuran kejohanan berlangsung lancar dan berintegriti.

Abdul Halim turut memuji peranan aktif PSM dalam menyokong agenda pembangunan jangka panjang sukan Sepaktakraw dan Chinlone, khususnya menjelang Sukan SEA Malaysia 2027, di mana kerjasama erat antara badan kebangsaan dan persekutuan serantau dilihat amat penting bagi memastikan standard penganjuran serta prestasi atlet terus dipertingkatkan.

Beliau berharap kehadiran kepimpinan PSM pada edisi kali ini dapat menjadi pemangkin kepada perancangan lebih tersusun, perkongsian pengalaman serta penyelarasan awal dalam usaha memperkukuh persiapan Malaysia sebagai tuan rumah Sukan SEA akan datang. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Abdul Halim hargai kehadiran penyokong Malaysia, stadium bakal meriah malam ini
Next: MCW gesa pendakwaan berprinsip, adil dalam rayuan kes Syed Saddiq

Related Stories

CelcomDigi and ZK Racing
  • SUKAN

CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 

Panya Isamael 29/10/2026 0
zahid hamidi
  • SUKAN

Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid

Panya Isamael 28/10/2026 0
Xisco Muñoz
  • SUKAN

JDT ibarat mesin, Xisco puas hati

Panya Isamael 27/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by