Skip to content
28/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL
  • POLITIK

MCW gesa pendakwaan berprinsip, adil dalam rayuan kes Syed Saddiq

Panya Isamael 13/12/2025 (Last updated: 13/12/2025) 0 comments
185922399_10224695105835888_2141045918590887495_n

KUALA LUMPUR – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menggesa semua pihak, khususnya pihak pendakwaan, agar mengambil pendekatan berprinsip, adil dan bertanggungjawab dalam mengendalikan rayuan kes melibatkan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang kini berada di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Presiden MCW, Jais Abdul Karim berkata, beliau mengambil maklum perkembangan terkini prosiding mahkamah berkenaan, termasuk keputusan Mahkamah Persekutuan yang memberikan tempoh ‘cooling-off’ selama seminggu kepada pihak pendakwaan dan pembelaan bagi menilai semula kedudukan masing-masing.

Beliau berkata, walaupun langkah sedemikian jarang berlaku, ia perlu difahami sebagai satu isyarat kehakiman yang menekankan prinsip tanggungjawab, kewibawaan dan kebijaksanaan dalam pendakwaan, khususnya apabila sesuatu kes berada di peringkat mahkamah tertinggi negara.

“MCW ingin menegaskan bahawa tindakan Mahkamah Persekutuan ini bukan petunjuk kepada keputusan akhir, sama ada untuk mensabitkan atau mengekalkan pembebasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebaliknya, jelas Jais, ia merupakan satu peringatan bahawa rayuan jenayah tidak wajar diteruskan semata-mata atas alasan teknikal, tetapi perlu berasaskan kekuatan undang-undang serta kepentingan keadilan awam.

Mengulas lanjut, MCW menghormati peranan dan kebebasan Pendakwa Raya, namun menegaskan bahawa kuasa budibicara pendakwaan datang bersama tanggungjawab besar, terutamanya apabila sesuatu kes berpotensi membentuk preseden undang-undang negara.

“Pendakwaan perlu menilai secara jujur sama ada wujud bukti mencukupi untuk membuktikan niat jenayah dan manfaat peribadi, atau isu yang timbul lebih menjurus kepada kegagalan tadbir urus dan pelanggaran prosedur dalaman,” katanya.

Jais turut mengingatkan bahawa perbezaan antara rasuah dan salah tadbir urus tidak wajar dikaburkan. Walaupun pelanggaran prosedur kewangan adalah serius dan tidak boleh diterima, ia tidak semestinya secara automatik membentuk kesalahan rasuah jenayah.

Dalam masa sama, MCW menegaskan bahawa wang pertubuhan atau parti politik bukan milik peribadi mana-mana individu dan sebarang pengeluaran dana tanpa kelulusan sah boleh menimbulkan unsur pecah amanah yang perlu dinilai dengan teliti.

MCW turut menyuarakan kebimbangan terhadap implikasi keputusan Mahkamah Persekutuan kelak yang dijangka memberi kesan besar terhadap persepsi awam, khususnya berkaitan integriti pengurusan dana organisasi dan parti politik, serta standard akauntabiliti pemimpin awam, terutamanya pemimpin muda.

“Justeru, keadilan bukan sahaja perlu ditegakkan, tetapi perlu dilihat ditegakkan, dengan alasan penghakiman yang jelas, telus dan berprinsip,” ujarnya.

Sehubungan itu, MCW menyeru semua pihak supaya tidak membuat kesimpulan awal, tidak mempolitikkan proses kehakiman dan memberi ruang sepenuhnya kepada Mahkamah Persekutuan untuk menjalankan tugasnya secara bebas dan profesional.

“MCW kekal konsisten bahawa perjuangan menentang rasuah mesti berpaksikan keadilan, kebenaran dan reformasi sistem, bukan emosi, sentimen politik atau pemburuan individu,” katanya . - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Presiden ASTAF sambut kehadiran kepimpinan tertinggi PSM di Sukan SEA 2025
Next: Jojo Ghazali sah bertemu Sean Climaco di ONE Fight Night 39

Related Stories

Koperasi HTK
  • NASIONAL

32 delegasi Teluk Ketapang sertai Sidang Kemuncak Pendidikan, Budaya di Makasar

Panya Isamael 28/07/2026 0
nelayan bot fiber
  • NASIONAL

Tekong warga asing diberkas di perairan Kapar

Panya Isamael 27/07/2026 0
wartawan mcw
  • NASIONAL

Enam wartawan diiktiraf Tokoh Wartawan Antirasuah MCW

Panya Isamael 25/07/2026 0

TERKINI

  • 32 delegasi Teluk Ketapang sertai Sidang Kemuncak Pendidikan, Budaya di Makasar
  • John Stones pilih Inter, Liverpool dan Arsenal kempunan
  • Andi Farid terlepas aksi ARRC, alami beberapa keretakan tulang
  • F1 kembali ke Sepang hasil diplomasi diraja Malaysia-Bahrain
  • Tekong warga asing diberkas di perairan Kapar
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by