YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa Himpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Puspanita, Putrajaya. 22 September 2025. FATH RIZAL/Pejabat Perdana Menteri. NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout videos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the visual or facts mentioned in the caption. Reuse of the videos may require further permission. MANDATORY
PUTRAJAYA – Kerajaan akan melaksanakan Program Budi Madani RON95 (Budi95) bermula 30 September ini yang menyaksikan rakyat Malaysia menikmati subsidi petrol RON95 dengan siling kelayakan bulanan sebanyak 300 liter.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seiring pelaksanaan inisiatif itu, harga RON95 diturunkan daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter, manakala bukan warganegara akan dikenakan harga RM2.60 seliter.
“Melalui Budi95, semua warganegara Malaysia tanpa mengira tahap pendapatan, dengan lesen memandu yang sah dan aktif, akan secara automatik menerima manfaat ini.
“Usaha ini bertujuan memastikan subsidi diagihkan secara lebih adil kepada rakyat yang layak, selain mengelakkan sebarang bentuk ketirisan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini pada Isnin.
Beliau berkata, penggunaan MyKad dan rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan dijadikan asas pengesahan bagi memastikan hanya warganegara yang memiliki lesen memandu sah layak menikmati kemudahan tersebut.
Anwar turut mengingatkan rakyat supaya menyemak lebih awal cip MyKad serta lesen memandu masing-masing bagi mengelakkan masalah teknikal ketika mengisi petrol kelak.
“Insya-Allah, Kementerian Kewangan akan memberi penerangan terperinci dari semasa ke semasa agar rakyat benar-benar jelas mengenai pelaksanaan ini.
“Yang penting, subsidi ini diagih secara bersasar, telus dan tanpa ketirisan demi kebaikan seluruh rakyat Malaysia,” katanya. - DETIK MALAYSIA
Foto kredit - FB ANWAR IBRAHIM