Skip to content
21/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Rice ledak dua gol, Arsenal tumpaskan Bournemouth 3-2

Panya Isamael 04/01/2026 (Last updated: 04/01/2026) 0 comments
610833759_1432922388205211_2174010927577928450_n

BOURNEMOUTH, ENGLAND - JANUARY 03: Declan Rice of Arsenal celebrates scoring his team's third goal with teammate Leandro Trossard during the Premier League match between Bournemouth and Arsenal at Vitality Stadium on January 03, 2026 in Bournemouth, England. (Photo by Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images)

BOURNEMOUTH – Declan Rice muncul wira Arsenal apabila meledak dua gol untuk membantu The Gunners menewaskan Bournemouth 3-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Vitality, awal pagi tadi.

Kemenangan pada perlawanan pekan ke-20 itu menyaksikan skuad kendalian Mikel Arteta terus mengukuhkan kedudukan di puncak carta liga dengan kelebihan enam mata.

Tuan rumah bermula cemerlang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 hasil kesilapan Gabriel yang gagal mengawal hantaran, sebelum bola jatuh kepada Evanilson yang tenang menewaskan penjaga gol Arsenal, David Raya.

Bagaimanapun, Arsenal pantas bangkit apabila Gabriel menebus kesilapannya dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-16 menerusi situasi bola mati dalam kemelut di hadapan gawang Bournemouth, sekali gus mengikat kedudukan 1-1.

Bournemouth terus memberi tekanan selepas itu dengan beberapa percubaan berbahaya menerusi Marcus Tavernier dan Justin Kluivert, namun ketumpulan penyudah menyaksikan kedudukan kekal seimbang hingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, Arsenal mula menguasai permainan dan berjaya mendahului perlawanan pada minit ke-54 apabila Declan Rice menyempurnakan hantaran Martin Ødegaard dengan rembatan leret ke penjuru kanan gawang yang gagal diselamatkan Djordje Petrovic.

Rice sekali lagi mencuri tumpuan pada minit ke-71 apabila menyempurnakan umpanan Bukayo Saka untuk gol keduanya perlawanan itu, sekali gus meletakkan Arsenal selesa dengan kelebihan 3-1.

Bournemouth bagaimanapun enggan menyerah kalah dan berjaya merapatkan jurang pada minit ke-76 menerusi rembatan jarak jauh Eli Junior Kroupi yang menerjah sudut kiri gawang Arsenal.

Tuan rumah berusaha mencari gol penyamaan pada baki perlawanan, namun benteng Arsenal kekal kental untuk memastikan kemenangan 3-2 menjadi milik pelawat.

Hasil itu menyaksikan Arsenal kini mengumpul 48 mata di puncak liga, meninggalkan Aston Villa di tangga kedua dengan perbezaan enam mata, manakala Bournemouth kekal di kedudukan ke-15 selepas mengumpul 23 mata. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Arsenal

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Mapim, GCAP isytihar 2026 sebagai Tahun Palestin, seru tindakan global bersatu
Next: Mapim dakwa Trump ubah AS jadi ‘negara mafia’

Related Stories

jais abdul karim
  • SUKAN

‘Pengadil bukan sekadar tahu peraturan’

Arisna Wiguna 20/09/2026 0
sukan asia pembukaan
  • SUKAN

Kontinjen Malaysia tampil penuh semangat di pembukaan Sukan Asia Aichi-Nagoya

Arisna Wiguna 20/09/2026 0
halim kader
  • SUKAN

Abdul Halim Kader mahu semua pegawai bersatu jayakan sepak takraw

Panya Isamael 19/09/2026 0

TERKINI

  • Krisis institusi Raja N. Sembilan perlu kembali kepada Perlembagaan, adat
  • MAPIM mahu politik Malaysia kembali kepada amanah
  • ‘Pengadil bukan sekadar tahu peraturan’
  • YKN santuni keluarga mangsa nahas helikopter FDS
  • Homestay Teluk Ketapang bakal terima tetamu dari 15 negara
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by