Skip to content
02/11/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL
  • PELBAGAI

Mapim, GCAP isytihar 2026 sebagai Tahun Palestin, seru tindakan global bersatu

Panya Isamael 04/01/2026 (Last updated: 04/01/2026) 0 comments
palestin

SHAH ALAM – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) bersama Global Coalition in Support of Al-Quds and Palestine (GCAP) mengisytiharkan tahun 2026 bersamaan 1447 Hijrah sebagai Tahun Palestin, dengan menyeru tindakan global yang bersatu, tegas dan berprinsip bagi menamatkan pendudukan, meruntuhkan apartheid serta memulihkan hak asasi rakyat Palestin.

Presiden MAPIM merangkap Presiden Malaysia bagi GCAP, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, tahun 2026 tidak boleh lagi diisi dengan kenyataan simpati atau solidariti simbolik semata-mata, sebaliknya menuntut tindakan antarabangsa yang terselaras merangkumi bidang politik, perundangan, ekonomi, masyarakat sivil dan moral.

Menurut beliau, penderitaan rakyat Palestin akibat pendudukan, pemindahan paksa dan hukuman kolektif yang berlarutan selama beberapa dekad telah dinormalisasikan, manakala undang-undang antarabangsa pula dikuatkuasakan secara selektif dan sering diketepikan.

“Genosid dan pembersihan etnik tidak boleh dijawab dengan sikap berkecuali. Keheningan hari ini akan menjadi bentuk subahat pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Azmi menegaskan isu Palestin bukan sekadar konflik serantau, sebaliknya menjadi ujian moral terhadap kredibiliti sistem global dan prinsip keadilan sejagat.

Sehubungan itu, Mapim dan GCAP menggesa kerajaan, institusi, masyarakat sivil, cendekiawan, pemimpin agama, kesatuan sekerja, golongan profesional, belia serta perniagaan beretika di seluruh dunia untuk bergabung dalam satu Gabungan Global Pembebasan Palestin.

Menurut kenyataan itu, tindakan bersatu perlu digerakkan melalui beberapa teras utama, termasuk tekanan politik dan diplomatik bagi pengiktirafan penuh Palestin, penggantungan keistimewaan diplomatik rejim penjajah serta mobilisasi di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), OIC, NAM, ASEAN dan blok serantau lain.

Selain itu, Mapim dan GCAP turut menyeru sokongan penuh terhadap proses keadilan antarabangsa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), termasuk usaha mendokumentasi jenayah perang serta melindungi wartawan, pemberi maklumat dan pembela hak asasi manusia.

Dalam aspek ekonomi, kempen Boikot, Pelupusan Pelaburan dan Sekatan (BDS) perlu diperkasakan, selain mengenakan tekanan terhadap syarikat yang terlibat secara langsung dalam pendudukan dan apartheid serta menamatkan perdagangan senjata dengan pihak penjajah.

Kenyataan itu turut menekankan kepentingan mobilisasi masyarakat sivil secara berterusan, termasuk tindakan solidariti kesatuan sekerja, boikot akademik dan budaya, serta penglibatan institusi keagamaan yang berteraskan keadilan dan maruah manusia.

Mapim dan GCAP juga menegaskan keperluan memperjuangkan naratif yang benar melalui media dan pendidikan, termasuk menentang penyebaran maklumat palsu, mempertahankan kebebasan bersuara serta memperkukuh suara rakyat Palestin tanpa menenggelamkannya.

Dalam aspek kemanusiaan, kedua-dua pertubuhan menuntut akses bantuan tanpa syarat politik, perlindungan terhadap petugas bantuan dan perubatan serta penolakan bantuan kemanusiaan yang dijadikan pengganti kepada tanggungjawab politik dan keadilan.

Mengulas lanjut, Mohd. Azmi menegaskan seruan ini juga ditujukan kepada umat Islam sebagai amanah sejarah, kepada negara-negara Selatan Global yang masih berdepan legasi penjajahan, serta kepada negara-negara Utara Global yang kredibilitinya bergantung kepada penerapan undang-undang dan hak asasi secara adil dan sejagat.

“Kesatuan tidak bermaksud keseragaman, tetapi penyelarasan tujuan, tindakan dan kejelasan moral,” katanya.

Bagi tahun 2026/1447H, Mapim komited untuk memperkukuh gabungan global, menggerakkan masyarakat sivil termasuk belia dan ilmuwan, memperhebat advokasi dasar serta mengaitkan bantuan kemanusiaan dengan keadilan jangka panjang.

Menurut Mohd. Azmi, pembebasan Palestin tidak akan tercapai melalui kebajikan semata-mata atau diplomasi yang sunyi, sebaliknya memerlukan tekanan berterusan, keteguhan prinsip dan kesatuan global.

“Sejarah tidak akan mengingati betapa rumit isu ini digambarkan, tetapi siapa yang bangkit, siapa yang bertindak dan siapa yang memilih untuk berdiam diri,” katanya.

Beliau berharap tahun 2026 akan dikenang sebagai tahun dunia beralih daripada simpati kepada strategi, daripada kemarahan kepada organisasi, dan daripada kata-kata kepada tindakan demi kebebasan Palestin, keadilan sejagat dan pemulihan nilai kemanusiaan. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Anwar temu Otai Reformis di Bukit Beruntung, tekad teruskan agenda reformasi
Next: Rice ledak dua gol, Arsenal tumpaskan Bournemouth 3-2

Related Stories

utusan kosmo
  • NASIONAL

Hampir 100 kakitangan Media Mulia diberi cuti berbayar

Panya Isamael 02/11/2026 0
jais abdul karim
  • NASIONAL

MCW mahu Ketua Pengarah AKPS baharu berintegriti, berpengalaman

Solomon 02/11/2026 0
Koperasi Homestay Teluk Ketapang
  • NASIONAL

Koperasi HTK jalin kerjasama bangunkan desa pelancongan

Panya Isamael 02/11/2026 0

TERKINI

  • Hampir 100 kakitangan Media Mulia diberi cuti berbayar
  • PM baharu perlu utamakan 10 agenda kenegaraan
  • MCW mahu Ketua Pengarah AKPS baharu berintegriti, berpengalaman
  • Koperasi HTK jalin kerjasama bangunkan desa pelancongan
  • VFive Group salur sumbangan kepada PERYATIM
No comments to show.

ARKIB

  • November 2026
  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by