Skip to content
26/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL
  • POLITIK

Anwar temu Otai Reformis di Bukit Beruntung, tekad teruskan agenda reformasi

Panya Isamael 03/01/2026 (Last updated: 04/01/2026) 0 comments
608010185_1458504438964452_2572441393812878999_n

YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa Program Hari Keluarga dan Rapat Reformis Kebangsaan 2026 di Rawang, Selangor.,3 Januari 2026. IZZUDDIN ABD RADZAK/Pejabat Perdana Menteri. NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout videos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the visual or facts mentioned in the caption. Reuse of the videos may require further permission. MANDAT

BUKIT BERUNTUNG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama sahabat lama serta rakan seperjuangan Otai Reformis yang disifatkan sebagai tulang belakang kepada perjuangan panjang menuntut reformasi dan keadilan di negara ini.

Anwar berkata, perjuangan reformasi yang digerakkan sejak sekian lama bukan bertujuan mengangkat mana-mana individu, sebaliknya menuntut perubahan sistem yang telah usang dan rosak sehingga membolehkan segelintir pimpinan lama mengaut kekayaan untuk kepentingan diri serta keluarga, sementara rakyat terus menanggung penderitaan.

Menurut beliau, walaupun jawatan Perdana Menteri dan menteri silih berganti, matlamat utama perjuangan kekal tertumpu kepada pembaharuan sistem dan penegakan keadilan yang menyeluruh.

Katanya, ketekalan dan kesetiaan Otai Reformis yang kekal berada di atas landasan perjuangan meskipun diuji dengan kezaliman pemerintahan terdahulu akhirnya membuahkan hasil apabila mandat diberikan kepada Kerajaan Madani untuk mentadbir negara dan melaksanakan agenda reformasi yang diperjuangkan.

Sejak memikul amanah tersebut, Anwar berkata kerajaan telah memulakan langkah-langkah reformasi penting termasuk menghentikan amalan rundingan terus, memperbetulkan tatakelola serta memastikan perolehan kewangan dilaksanakan secara telus dan bertanggungjawab.

Beliau menegaskan, usaha membanteras ketirisan, salah guna kuasa serta memerangi rasuah yang bersifat sistemik dan berakar umbi menjadi tunjang utama pentadbiran Kerajaan Madani.

Bagaimanapun, Anwar mengakui proses reformasi masih belum sempurna memandangkan usaha membaiki sistem yang rosak sejak puluhan tahun memerlukan masa, kesabaran dan kebijaksanaan, termasuk dalam urusan rundingan bersama pimpinan parti-parti lain.

“Namun saya akan terus menggunakan mandat dan amanah yang diberikan untuk memastikan reformasi ini menjadi kenyataan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Dalam masa sama, beliau menegaskan kebajikan Otai Reformis yang setia berjuang sejak awal tidak wajar dipinggirkan, sambil memberi jaminan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan memastikan kebajikan golongan tersebut terus menjadi keutamaan.

Anwar turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan Otai Reformis yang kekal setia dalam khittah perjuangan, sambil menegaskan bahawa tanpa keteguhan dan pengorbanan mereka, detik pencapaian hari ini tidak mungkin dapat direalisasikan. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - FB Anwar Ibrahim

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Mapim seru keberanian moral, keadilan dan maruah manusia menjelang 2026
Next: Mapim, GCAP isytihar 2026 sebagai Tahun Palestin, seru tindakan global bersatu

Related Stories

retort
  • NASIONAL

Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur

Solomon 25/08/2026 0
Jais sprm
  • POLITIK

SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA

Panya Isamael 24/08/2026 0
MHO
  • NASIONAL

MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi

Arisna Wiguna 24/08/2026 0

TERKINI

  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by