EAST RUTHERFORD – Juara Eropah, Sepanyol mengesahkan tempat ke pentas final Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Perancis 2-0 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi.
Kemenangan itu menyaksikan juara dunia 2010 tersebut hanya selangkah lagi untuk menjulang trofi Piala Dunia buat kali kedua dalam sejarah.
Sepanyol kini menanti pemenang satu lagi aksi separuh akhir antara England dan Argentina bagi menentukan lawan pada perlawanan akhir yang dijadual berlangsung awal pagi Isnin ini.
Sementara itu, kekalahan tersebut memaksa Perancis kendalian Didier Deschamps melupakan impian memburu gelaran dunia apabila hanya akan beraksi dalam penentuan tempat ketiga menentang pasukan yang tewas dalam satu lagi separuh akhir.
Aksi penentuan tempat ketiga dijadual berlangsung pada Ahad ini, sekali gus menjadi perlawanan terakhir Perancis dalam kempen Piala Dunia kali ini.
Sepanyol yang juga merupakan juara bertahan Kejohanan Eropah tampil cemerlang untuk menempah tiket ke final, manakala Perancis terpaksa berpuas hati menamatkan saingan dengan peluang merebut tempat ketiga. – DETIK MALAYSIA
Kredit foto – AP Photo
