Skip to content
26/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Tiada kompromi penderaan pelajar tahfiz

Panya Isamael 20/12/2025 (Last updated: 20/12/2025) 0 comments
598939113_1395532681943976_5354899534241905479_n

KUALA LUMPUR - Kerajaan memandang serius dan melahirkan kekesalan mendalam terhadap beberapa insiden keganasan yang tular kebelakangan ini melibatkan pelajar institusi pendidikan agama, termasuk kejadian di Sabah serta rakaman penderaan fizikal terhadap seorang pelajar tahfiz.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, sebarang bentuk kekerasan, penderaan atau layanan yang mencabul maruah kanak-kanak adalah tidak boleh diterima sama sekali, apatah lagi apabila ia berlaku dalam institusi yang sepatutnya menjadi medan pembinaan akhlak, ihsan dan kasih sayang.

Menurut beliau, perbuatan sedemikian bukan sahaja mencederakan mangsa, malah turut mencemarkan nama baik pendidikan Islam serta institusi tahfiz yang selama ini berperanan sebagai benteng pembentukan sahsiah ummah.

“Sehubungan itu, saya berharap tindakan undang-undang dapat diambil secara segera dan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah, selaras dengan peruntukan perundangan sedia ada, demi menegakkan keadilan serta mencegah kejadian seumpama ini daripada berulang,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menegaskan insiden terbabit tidak mewakili keseluruhan ekosistem pendidikan tahfiz negara, memandangkan majoriti institusi tahfiz, guru serta para asatizah telah melaksanakan amanah mendidik pelajar dengan penuh dedikasi, hikmah dan tanggungjawab.

Beliau berkata, bagi memperkukuh perlindungan pelajar serta tadbir urus institusi tahfiz secara menyeluruh, kerajaan kini mempergiat usaha ke arah pelaksanaan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 2.0, yang dijadualkan dilancarkan pada tahun hadapan.

Jelasnya, dasar itu akan memberi tumpuan kepada penguatkuasaan pematuhan undang-undang, pemantapan kurikulum dan model Pendidikan Tahfiz Kebangsaan, pemerkasaan modal insan serta tadbir urus institusi, selain peluasan laluan pendidikan dan kebolehpasaran golongan huffaz.

Tambah beliau, bersempena Himpunan Huffaz 2025 dan Simfoni Dakwah Nusantara yang akan berlangsung pada 21 Disember 2025 di Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak, Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia (SPTM) akan dilancarkan sebagai mekanisme penting bagi menyeragamkan standard kualiti institusi tahfiz di negara ini.

Menurutnya, SPTM meliputi aspek tadbir urus, kebajikan pelajar, kualiti pengajaran, prasarana serta pematuhan perundangan, bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat, berdisiplin dan berakhlak.

“Saya yakin langkah-langkah bersepadu ini akan menjadi asas kukuh dalam memulihkan keyakinan masyarakat, memperkasa institusi tahfiz secara berhemah serta memastikan pendidikan al-Quran terus berkembang dalam kerangka yang berperikemanusiaan, berperaturan dan berteraskan nilai rahmah,” katanya.

Beliau turut berharap usaha tersebut menjadi asbab institusi tahfiz terus dimartabatkan sebagai medan melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berakhlak dan dihormati, seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan ummah serta pembangunan negara.ta kebolehpasaran huffaz. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - FB Zahid Hamidi

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Flick tangguh rundingan kontrak baharu bersama Barcelona
Next: Puluhan ribu khemah musnah, Mapim dakwa dunia gagal lindungi Gaza

Related Stories

retort
  • NASIONAL

Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur

Solomon 25/08/2026 0
MHO
  • NASIONAL

MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi

Arisna Wiguna 24/08/2026 0
khtk
  • NASIONAL

Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026

Solomon 23/08/2026 0

TERKINI

  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by