Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL
  • PELBAGAI

Puluhan ribu khemah musnah, Mapim dakwa dunia gagal lindungi Gaza

Panya Isamael 21/12/2025 (Last updated: 21/12/2025) 0 comments
15b29c53-2372-4790-976b-a9d8156779d7

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyuarakan kebimbangan serius terhadap kesan ribut tekanan rendah kutub, ‘Biron’, yang melanda Gaza sehingga mendedahkan skala bencana kemanusiaan yang semakin parah.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kematian orang awam, runtuhan kediaman yang sebelum ini rosak akibat serangan, kemusnahan puluhan ribu khemah pelarian serta penderitaan lebih suku juta penduduk yang kehilangan tempat tinggal bukan sekadar berpunca daripada cuaca buruk.

Menurutnya, keadaan itu adalah akibat langsung serangan ketenteraan berpanjangan, kemusnahan sistematik serta sekatan berterusan yang menafikan perlindungan asas kepada penduduk Gaza.

“Musim sejuk tidak membunuh mereka, tetapi dasar dan polisi yang menindas,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau merujuk laporan Pejabat Media Kerajaan Gaza yang merekodkan angka membimbangkan termasuk kematian orang awam akibat runtuhan bangunan ketika cuaca ekstrem, lebih 53,000 khemah rosak atau musnah, serta kerugian besar merangkumi sektor perlindungan, air, sanitasi, makanan, kesihatan, pertanian dan tenaga.

Tambahnya, kerugian material awal dianggarkan mencecah AS$4 juta, sekali gus memberi tamparan hebat kepada rakyat yang telah lama kehilangan sumber pendapatan dan maruah hidup.

Mohd Azmi berkata, penderitaan itu tidak boleh dipisahkan daripada tindakan Israel yang menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan, termasuk khemah, rumah mudah alih, bahan perlindungan, bahan api dan bekalan kecemasan, yang disifatkan sebagai hukuman kolektif serta pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

“Ini bukan kegagalan penghantaran bantuan, sebaliknya satu tindakan disengajakan untuk menghalang kelangsungan hidup,” katanya.

Golongan wanita, kanak-kanak, warga emas, pesakit dan bayi kini terdedah kepada kesejukan melampau dalam khemah yang ditenggelami air, sekali gus meningkatkan risiko wabak penyakit, kekurangan zat makanan, hipotermia dan kematian.

Sehubungan itu, Mapim menegaskan Israel bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bencana kemanusiaan di Gaza, manakala kegagalan masyarakat antarabangsa bertindak dianggap sebagai satu bentuk pembiaran.

Mapim turut menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), agensi kemanusiaan, pihak perantara gencatan senjata serta kerajaan yang mempunyai pengaruh ke atas Israel supaya mendesak pembukaan penuh semua pintu sempadan, kemasukan tanpa sekatan bekalan bantuan serta pemantauan antarabangsa bagi memastikan bantuan sampai kepada orang awam.

“Sejarah tidak akan menilai dunia berdasarkan kenyataan simpati, sebaliknya tindakan ketika Gaza dibekukan, ditenggelami air dan ditinggalkan,” katanya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Tiada kompromi penderaan pelajar tahfiz
Next: Kejutan keputusan bukti sepaktakraw Asia semakin kompetitif

Related Stories

Manivannan
  • NASIONAL

Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting

Solomon 28/10/2026 0
Dr R Manivannan - Foto: Bernama
  • NASIONAL

54 MALAYSIANS STILL MISSING, MASFIH TO MEET HUMAN RESOURCES MINISTER TOMORROW

Solomon 27/10/2026 0
upsi
  • NASIONAL

UPSI terima pengiktirafan MBOR menerusi program keluarga angkat

Solomon 26/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by