Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

UiTM pertahan gelaran Raja MASUM kali ke-8 berturut-turut

Panya Isamael 20/09/2025 (Last updated: 20/09/2025) 0 comments
IMG_4719



KUALA NERUS – Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus gah di persada sukan universiti negara apabila mempertahankan gelaran Raja MASUM 2025 buat kali kelapan berturut-turut, sekali gus mengukuhkan status sebagai kuasa besar kejohanan itu.

Kejohanan Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2025 yang berlangsung dari 15 hingga 21 September di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjadi pentas kejayaan UiTM dengan kutipan membanggakan 30 pingat emas, 19 perak dan 17 gangsa.

UiTM mempertaruhkan atlet dalam 10 acara sukan utama iaitu taekwondo, silat, karate, memanah, bola tampar, bola tampar pantai, petanque, sofbol, catur dan boling padang. Kejayaan itu sekali lagi membuktikan keampuhan kontinjen universiti tersebut yang konsisten mengekalkan tradisi juara sejak lapan edisi berturut-turut.

Sorakan kemenangan bergema di Dewan Gemilang UniSZA pada majlis penutup apabila UiTM diumumkan sebagai juara keseluruhan.

Detik bersejarah itu menjadi simbol semangat juang atlet universiti berkenaan yang tidak pernah luntur demi mengharumkan nama institusi di pentas nasional dan antarabangsa.

Pengarah Sukan UiTM, Ahmad Tarmizy Mohammed berkata, kejayaan tersebut adalah hasil pengorbanan seluruh warga kontinjen termasuk atlet, jurulatih serta sokongan padu pihak universiti.

“Lapan tahun berturut-turut bukan pencapaian biasa, ia bukti UiTM memiliki DNA juara. Kejayaan ini adalah hasil dedikasi dan disiplin tinggi semua pihak. UiTM akan terus melahirkan bintang sukan yang mampu bersinar di arena dunia,” katanya.

Dengan rekod keseluruhan 66 pingat, UiTM sekali lagi membuktikan bahawa takhta Raja MASUM bukan sekadar gelaran, sebaliknya legasi keunggulan yang sukar digugat. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: KKM perkenal ‘Healthy Living Mall’ semai budaya hidup sihat
Next: Liverpool ‘gigit’ Everton aksi Derby Merseyside

Related Stories

CelcomDigi and ZK Racing
  • SUKAN

CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 

Panya Isamael 29/10/2026 0
zahid hamidi
  • SUKAN

Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid

Panya Isamael 28/10/2026 0
Xisco Muñoz
  • SUKAN

JDT ibarat mesin, Xisco puas hati

Panya Isamael 27/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by