KUALA LUMPUR – Penceramah bebas, Ustazah Asma’ Harun menyeru orang ramai agar sama-sama mendoakan keselamatan pasukan kemanusiaan Team Sumud yang kini dilaporkan berdepan serangan dron ketika menjalankan misi bantuan ke Gaza.
Menerusi hantaran di media sosial, beliau memohon agar seluruh rakyat Malaysia mendoakan perlindungan Allah buat pasukan tersebut yang berjuang membawa misi kemanusiaan.
“Ya Allah, Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan Penolong. Lindungilah mereka, kuatkan hati mereka dan selamatkan pelayaran ini hingga misi mulia ini sampai kepada saudara kami di Palestin. Hasbunallahu wa ni‘mal wakeel,” katanya.
Misi flotila bantuan ke Gaza itu sebelum ini dilaporkan berdepan gangguan dron dan letupan di perairan antarabangsa namun aktivis terlibat menegaskan mereka tidak akan gentar serta tetap meneruskan pelayaran. - DETIK MALAYSIA
Foto kredit - Ustazah Asma’ Harun
