Skip to content
26/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Vesel nelayan tempatan ditahan atas pelbagai kesalahan

Panya Isamael 22/12/2025 (Last updated: 22/12/2025) 0 comments
a9174e51-282a-43bb-8a7f-c432c06f61ed

PELABUHAN KLANG – Sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) kelas A ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor kerana melakukan pelbagai kesalahan dalam satu operasi rondaan rutin, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, penahanan dilakukan oleh sebuah bot ronda Maritim Malaysia kira-kira pukul 7.30 malam.

Menurut beliau, vesel berkenaan diperiksa sebelum ditahan pada kedudukan kira-kira 4.61 batu nautika barat daya Pantai Kelanang.

“Hasil pemeriksaan mendapati vesel tersebut dikendalikan oleh seorang tekong bersama seorang kru, di mana kedua-duanya merupakan warganegara India berusia 40 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, semakan lanjut mendapati kedua-dua individu berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah selain tidak memiliki permit kerja atau surat kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

“Selain itu, vesel tersebut turut didapati melanggar syarat sah lesen di bawah Akta Perikanan 1985 apabila tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya,” jelasnya.

Sehubungan itu, kru, vesel, peralatan perikanan serta hasil laut yang berada di atas vesel berkenaan telah disita sebelum diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana melanggar syarat lesen serta tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Dalam pada itu, Abdul Muhaimin menegaskan Maritim Malaysia akan terus mempergiat rondaan dan penguatkuasaan bagi memastikan perairan negara, khususnya di Selangor, tidak dijadikan lokasi pelanggaran undang-undang oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan berkaitan sebarang aktiviti mencurigakan atau insiden di laut diminta menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 013-660 6652 untuk tindakan segera. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Maritim Negeri Selangor

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: SADC Perak lafaz IBR, perkukuh budaya integriti
Next: Mapim kecam Ketua Menteri Bihar tarik tudung wanita

Related Stories

KHTK
  • NASIONAL

50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI

Arisna Wiguna 26/08/2026 0
azmi mapim
  • NASIONAL

‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran

Panya Isamael 26/08/2026 0
retort
  • NASIONAL

Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur

Solomon 25/08/2026 0

TERKINI

  • 50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI
  • ‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran
  • Cadangan Kerjasama Strategik Perpaduan Melayu Demi Kesejahteraan Semua Kaum
  • Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata
  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by