Skip to content
26/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • LUAR NEGARA
  • NASIONAL

Mapim kecam Ketua Menteri Bihar tarik tudung wanita

Panya Isamael 23/12/2025 (Last updated: 23/12/2025) 0 comments
Screenshot-2025-12-19-122434

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengecam sekeras-kerasnya insiden yang dilaporkan melibatkan Ketua Menteri Bihar, India, yang bertindak menarik tudung (hijab) seorang wanita dalam satu interaksi awam, disifatkan sebagai perbuatan tercela dan mencabuli hak asasi manusia.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, tindakan berkenaan bukan sahaja tidak beradab, malah jelas melanggar kebebasan beragama serta mencemarkan maruah wanita, khususnya Muslimah.

Menurut beliau, hijab bukan sekadar pakaian, sebaliknya simbol keimanan, identiti agama dan pilihan peribadi yang dilindungi oleh prinsip kebebasan beragama serta nilai kemanusiaan sejagat.

“MAPIM menegaskan bahawa tiada mana-mana pihak berkuasa politik, tanpa mengira jawatan atau kedudukan, mempunyai hak untuk menyentuh, menarik atau mencampuri pemakaian agama seseorang wanita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Azmi, perbuatan sedemikian mencerminkan sikap merendahkan martabat wanita dan semakin membimbangkan dalam suasana global yang menyaksikan peningkatan diskriminasi serta Islamofobia.

Beliau berkata, insiden itu turut mencerminkan trend penghinaan berterusan terhadap identiti Muslim di India, khususnya wanita Islam yang menzahirkan kepercayaan mereka secara terbuka, sekali gus bercanggah dengan semangat Perlembagaan India yang menjamin kebebasan beragama.

Sehubungan itu, Mapim menuntut penjelasan terbuka dan bertanggungjawab daripada Ketua Menteri Bihar, selain permohonan maaf rasmi kepada wanita terlibat serta masyarakat Islam.

Mapim juga menggesa jaminan tegas agar perbuatan seumpama itu tidak berulang dan perlindungan lebih kukuh diberikan terhadap kebebasan beragama serta maruah wanita.

Dalam masa sama, Mapim menyeru masyarakat sivil India, institusi hak asasi manusia dan komuniti antarabangsa agar tidak berdiam diri terhadap sebarang bentuk penghinaan agama serta keganasan simbolik terhadap wanita.

“Maruah manusia tidak boleh dirunding dan kebebasan beragama mesti dipertahankan,” katanya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Vesel nelayan tempatan ditahan atas pelbagai kesalahan
Next: Keputusan ICC bukti dunia tidak boleh tutup mata terhadap jenayah perang di Gaza

Related Stories

KHTK
  • NASIONAL

50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI

Arisna Wiguna 26/08/2026 0
azmi mapim
  • NASIONAL

‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran

Panya Isamael 26/08/2026 0
retort
  • NASIONAL

Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur

Solomon 25/08/2026 0

TERKINI

  • 50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI
  • ‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran
  • Cadangan Kerjasama Strategik Perpaduan Melayu Demi Kesejahteraan Semua Kaum
  • Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata
  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by