Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • LUAR NEGARA
  • PELBAGAI

Keputusan ICC bukti dunia tidak boleh tutup mata terhadap jenayah perang di Gaza

Panya Isamael 23/12/2025 (Last updated: 23/12/2025) 0 comments
FILES-COMBO-ISRAEL-PALESTNIAN-CONFLICT-ICC-JUSTICE

(FILES) Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu (L) and Defence Minister Yoav Gallant attend a press conference in the Kirya military base in Tel Aviv on October 28, 2023 amid ongoing battles between Israel and the Palestinian group Hamas. The International Criminal Court on November 21, 2024 issued arrest warrants for Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu and Defence Minister Yoav Gallant, as well as a Hamas' military chief. (Photo by Abir SULTAN / POOL / AFP)

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyambut baik keputusan Dewan Rayuan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang menolak salah satu cabaran undang-undang dikemukakan rejim Israel, sekali gus mengekalkan siasatan terhadap dakwaan jenayah perang yang dilakukan semasa peperangan di Gaza.

Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, keputusan itu mengesahkan bahawa waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant, kekal sah dan berkuat kuasa.

Menurut beliau, keputusan tersebut merupakan satu langkah penting dalam memastikan keadilan antarabangsa tidak tunduk kepada tekanan politik, kuasa ketenteraan atau tafsiran kedaulatan yang bersifat terpilih.

“ICC telah mendapati wujud alasan munasabah untuk mempercayai bahawa jenayah perang mungkin telah dilakukan, termasuk sekatan bantuan kemanusiaan serta serangan terhadap orang awam. Akauntabiliti terhadap jenayah perang bukan serangan terhadap mana-mana agama atau etnik, sebaliknya satu kewajipan undang-undang dan moral sejagat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azmi berkata, penolakan Israel terhadap bidang kuasa ICC tidak menghapuskan bukti penderitaan orang awam, pemindahan secara besar-besaran serta bencana kemanusiaan yang berterusan di Gaza.

Beliau turut mengecam tindakan Amerika Syarikat yang mengenakan sekatan terhadap pegawai ICC termasuk hakim dan pendakwanya, Karim Khan, sambil menyifatkan langkah itu sebagai serangan langsung terhadap kebebasan institusi kehakiman antarabangsa.

“Tindakan ini mendedahkan sikap dwistandard yang serius dalam mempertahankan apa yang disebut sebagai ‘tatanan antarabangsa berasaskan peraturan’,” katanya.

Mengulas penarikan balik waran tangkap terhadap pemimpin Hamas susulan kematian mereka, Mapim berkata perkara itu tidak boleh digunakan untuk mewujudkan kesetaraan palsu atau mengaburkan tanggungjawab negara yang memiliki keupayaan ketenteraan besar serta sokongan antarabangsa berterusan.

Menurut beliau, skala, tempoh dan kesan keganasan terhadap penduduk awam Gaza adalah jauh tidak seimbang dan tidak boleh disamakan.

Sehubungan itu, MAPIM menggesa ICC meneruskan siasatan secara bebas tanpa sebarang paksaan politik atau ekonomi, selain menyeru semua negara pihak kepada Statut Rom agar mematuhi dan melaksanakan waran tangkap ICC.

Mapim juga menyeru Kerajaan Malaysia serta negara-negara Islam supaya menyatakan sokongan terbuka terhadap ICC dan menolak sebarang campur tangan luar dalam proses keadilan antarabangsa.

Dalam masa sama, Mapim menuntut akses kemanusiaan segera dan tanpa halangan ke Gaza serta perlindungan penuh kepada petugas bantuan dan orang awam.

“Jenayah perang tidak akan terhapus dengan masa, kuasa atau penafian. Keadilan mungkin tertangguh, tetapi ia tidak boleh ditinggalkan,” katanya. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - AFP

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Mapim kecam Ketua Menteri Bihar tarik tudung wanita
Next: Liverpool belum tersingkir dalam perebutan gelaran EPL

Related Stories

AZMI MAPIM
  • LUAR NEGARA
  • TITIK PANDANG

Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine

Arisna Wiguna 28/10/2026 0
Kashmir askar
  • LUAR NEGARA

Kashmir Black Day: MAPIM desak dunia tamatkan 79 tahun ketidakadilan

Arisna Wiguna 27/10/2026 0
gaza
  • LUAR NEGARA

MAPIM TARGETS RM500,000 FOR GAZA WINTER RELIEF

Solomon 26/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by