Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL
  • PELBAGAI

Vesel nelayan tempatan ditahan gajikan pekerja asing tanpa permit

Panya Isamael 03/10/2025 (Last updated: 03/10/2025) 0 comments
a70f78be-7ed6-487d-ba3a-0d5d79994ca7

PELABUHAN KLANG – Sebuah vesel nelayan tempatan kelas C ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan di perairan negara, semalam.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, penahanan dilakukan kira-kira pukul 2.30 petang oleh kapal peronda Maritim Malaysia di kedudukan 20.6 batu nautika barat daya Pulau Ketam menerusi Op Ehsan, Op Murni dan Op Tiris.

“Hasil pemeriksaan mendapati, vesel tersebut dikendalikan seorang tekong bersama empat kru warga Myanmar berusia antara 18 hingga 50 tahun. Pemeriksaan lanjut mendapati vesel berkenaan melanggar syarat sah lesen di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menggajikan pekerja asing tanpa kebenaran serta menggunakan mata pukat kurang daripada 38 milimeter yang dilarang,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, dua kru turut gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Katanya, vesel, kru serta hasil tangkapan ikan campur seberat kira-kira 800 kilogram dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Selangor untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen dan Akta Imigresen 1959/63 berhubung kru yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Maritim Malaysia akan terus meningkatkan pemantauan serta penguatkuasaan undang-undang di perairan Malaysia khususnya di Selangor.

"Orang ramai boleh menyalurkan sebarang maklumat jenayah atau insiden kecemasan di laut ke talian 999, Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di 013-6606652 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia di 03-89957820 untuk maklum balas segera,” katanya. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - MARITIM NEGERI SELANGOR

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Mapim himpun keluarga aktivis flotila doakan keselamatan
Next: GSF bawa mesej kemanusiaan ke peringkat antarabangsa – Sultan Ibrahim

Related Stories

Manivannan
  • NASIONAL

Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting

Solomon 28/10/2026 0
Dr R Manivannan - Foto: Bernama
  • NASIONAL

54 MALAYSIANS STILL MISSING, MASFIH TO MEET HUMAN RESOURCES MINISTER TOMORROW

Solomon 27/10/2026 0
upsi
  • NASIONAL

UPSI terima pengiktirafan MBOR menerusi program keluarga angkat

Solomon 26/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by