Skip to content
25/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Mapim himpun keluarga aktivis flotila doakan keselamatan

Panya Isamael 03/10/2025 (Last updated: 03/10/2025) 0 comments
Screenshot_20251003_093542

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) akan menganjurkan Pertemuan Keluarga Aktivis Flotilla Nusantara bagi mendoakan keselamatan dan ketabahan semua aktivis kemanusiaan yang kini menyertai misi Sumud Flotilla ke Gaza.

Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, majlis itu bakal menghimpunkan semua ahli keluarga aktivis peserta flotilla berkenaan sebagai tanda solidariti dan sokongan moral terhadap perjuangan mereka di lapangan.

Menurut beliau, pihaknya juga berusaha untuk menghadirkan Perdana Menteri serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi bersama-sama menyatakan sokongan kepada para aktivis.

“Tujuan utama pertemuan ini adalah untuk berkongsi doa, solidariti dan harapan agar mereka dilindungi daripada segala ancaman dan bahaya sepanjang misi, dikurniakan kekuatan serta ketabahan dalam perjuangan kemanusiaan, dan selamat pulang ke tanah air dalam keadaan sihat serta sejahtera,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sehubungan itu, Mapim menjemput semua ahli keluarga aktivis terbabit hadir pada pertemuan berkenaan sebagai tanda kebersamaan dalam menghadapi cabaran misi kemanusiaan tersebut.

Katanya lagi, doa dan sokongan rakyat Malaysia amat penting sebagai pendorong semangat kepada aktivis yang berjuang membawa misi kemanusiaan ke Gaza.

Terdahulu, media melaporkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan seramai 23 sukarelawan daripada Malaysia yang menyertai konvoi misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) telah ditahan Israel. - DETIK MALAYSIA

Senarai penuh rakyat Malaysia yang telah ditahan:

1. Nur Fazelah Mad Tahil (Zizi Kirana) – Kapal Huga

2. Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman – Kapa Alma

3. Iylia Balqis Suhaimi – Kapal Alma


4. Sul Aidil – Kapal Alma

5. Haikal Abdullah – Kapal Sirius

6. Muhammad Muaz Zainal Abidin – Kapal Sirius

7. Zulfadhli Khiruddin – Kapal Sirius

8. Rusydi Ramli – Kapal Sirius

9. Nur Heliza Helmi – Kapal Hio

10. Nur Hazwani Afiqah Helmi- Kapal Hio

11. Nurfarahin Romli (Farah Lee) – Kapal Grande Blu

12. Danish Nazran Murad – Kapal Grande Blu

13. Rahmat Ikhsan (PU Rahmat) – Kapal Estrelle

14. Norhelmi – Kapal Estrelle

15. Mohd Asmawi – Kapal Estrelle

16. Norazman – Kapal Estrelle

17. Nurul Hidayah Mohd Amin (Ardell Aryana) – Kapal Mikeno

18. Razali Awang – Kapal Inana

19. Muhd Haikal Luqman Zulkefli – Kapal Free Willy

20. Dr Taufiq Mohd Razif – Kapal Free Willy

21. Muhammad Hareez Adzrami (Haroqs) – Kapal Free Willy

22. Zainal Rashid Ahmad (ZRA) – Kapal Fair Lady

23. Muhammad (Ustaz Mad Kechik) – Kapal Fair Lady

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: SOPMA XXII 2025 buka tirai meriah di Kuching
Next: Vesel nelayan tempatan ditahan gajikan pekerja asing tanpa permit

Related Stories

MHO
  • NASIONAL

MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi

Arisna Wiguna 24/08/2026 0
khtk
  • NASIONAL

Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026

Solomon 23/08/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

UPSI tuan rumah Temasya Sukan Tabung Haji 2026

Solomon 23/08/2026 0

TERKINI

  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
  • MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi
  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by