Skip to content
13/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

SOPMA XXII 2025 buka tirai meriah di Kuching

Panya Isamael 03/10/2025 (Last updated: 03/10/2025) 0 comments
558114580_1274700754694168_5966555106339707963_n

KUCHING - Upacara perasmian Sukan Orang Pekak Malaysia ke-22 (SOPMA XXII) 2025 berlangsung penuh meriah di sini malam tadi menandakan kembalinya Sarawak sebagai tuan rumah selepas kali terakhir menganjurkan temasya itu pada 2016.

Majlis disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg yang menegaskan dasar inklusif negeri itu terus memberi penekanan terhadap penglibatan semua lapisan masyarakat dalam pembangunan, bukan sahaja dari aspek ekonomi tetapi juga sosial serta sukan.

ā€œSarawak mempunyai dasar inklusif yang menyatukan masyarakat dalam membangunkan negeri, bukan sahaja dalam pertumbuhan ekonomi tetapi juga pembangunan sosial termasuk sukan.

"Harapan kami ialah melihat setiap lapisan masyarakat merealisasikan potensi mereka menerusi sukan, sekali gus memupuk disiplin dan memperkukuh semangat setiakawan,ā€ katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa Kampung Sukan di Petra Jaya akan dibangunkan dengan pelbagai fasiliti baharu termasuk velodrom dan litar sukan bermotor sebagai pelaburan strategik kerajaan negeri untuk golongan belia serta komuniti sukan.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Seri Fatimah Abdullah berkata, SOPMA bukan sekadar medan memburu pingat, sebaliknya simbol keterangkuman, kesaksamaan dan integrasi.

ā€œSOPMA melambangkan semangat inklusif dan kesaksamaan, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) serta Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 yang menekankan pembangunan adil dan seimbang untuk semua,ā€ jelasnya.

Katanya, kerajaan negeri menyalurkan RM1 juta bagi menyokong penganjuran SOPMA XXII sebagai bukti komitmen terhadap agenda sukan inklusif.

Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), Dr Ong Shin Ruenn pula merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak atas sokongan padu terhadap penganjuran tersebut.

ā€œIni kali kedua Sarawak menjadi tuan rumah selepas 10 tahun dan sokongan yang diberikan amat membanggakan. Sarawak turut memberi insentif serta pengiktirafan setara kepada atlet pekak, sesuatu yang wajar dicontohi negeri lain,ā€ ujarnya.

Beliau berkata, SOPMA bukan sekadar melahirkan juara kebangsaan tetapi juga platform mencungkil bakat baharu untuk diketengahkan di pentas antarabangsa termasuk Sukan Pekak ASEAN, Asia Pasifik dan Deaflympics 2029.

Sebanyak 14 kontinjen negeri menyertai SOPMA XXII Sarawak 2025 yang berlangsung dari 2 hingga 6 Oktober di Kuching dan Samarahan, melibatkan lebih 600 atlet serta pegawai.

Kontinjen terbesar adalah Sarawak dengan 73 peserta, diikuti Sabah selaku juara bertahan dengan 71 peserta, manakala Wilayah Persekutuan (54) dan Selangor (65) turut dijangka memberi cabaran sengit.

Lima acara dipertandingkan iaitu olahraga, badminton, futsal, boling tenpin dan orienteering.

Sabah yang muncul juara keseluruhan pada SOPMA XXI Perak 2023 dijangka menjadi pencabar utama sekali lagi, namun bakal menerima tentangan hebat daripada tuan rumah Sarawak, Wilayah Persekutuan dan Selangor. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Indra Putra serah gelaran, Bergson raja jaringan Liga Super
Next: Mapim himpun keluarga aktivis flotila doakan keselamatan

Related Stories

england vs argentina
  • SUKAN

Messi vs England akhirnya jadi kenyataan

Solomon 13/07/2026 0
piala dunia
  • SUKAN

FIFA teliti cadangan tambah Piala Dunia 2030 kepada 64 pasukan

Solomon 13/07/2026 0
Hakim Danish
  • SUKAN

Hakim Danish raih empat mata berharga di GP Jerman

Arisna Wiguna 13/07/2026 0

TERKINI

  • 184 unit Rumah Perakku Astana Chemor bantu rakyat miliki kediaman
  • Imigresen Selangor tahan 95 warga asing dalam operasi bersepadu
  • Messi vs England akhirnya jadi kenyataan
  • DBKL sita 11 gerai dikendali warga asing, 4 penjaja tempatan dikompaun
  • FIFA teliti cadangan tambah Piala Dunia 2030 kepada 64 pasukan
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Ā© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by