Skip to content
02/11/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

9 kapal flotila hampiri Gaza

Panya Isamael 08/10/2025 (Last updated: 08/10/2025) 0 comments
4786f8ab-93bb-4b85-bc59-7ee27d84eca1

KUALA LUMPUR – Kesemua sembilan kapal dalam misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) x The Malaysian Team for Gaza (TMTG) dilaporkan kini telah menghampiri perairan Gaza apabila berada pada jarak kira-kira 150 batu nautika dari pantai Gaza sekitar jam 3.36 pagi tadi.

Menurut laporan FFC, kedudukan itu merupakan titik yang pernah menjadi lokasi serangan oleh rejim Zionis Israel terhadap kapal-kapal flotilla dalam misi bantuan terdahulu.

Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, pihaknya terus mengikuti rapat perkembangan misi tersebut dan menyeru orang ramai untuk mendoakan keselamatan semua sukarelawan serta petugas yang berada di atas kapal.

Sementara itu, Ketua Delegasi Malaysia, Prof. Dr. Mohd Alauddin Mohd Ali memaklumkan bahawa mengikut perancangan asal, kapal Conscience dijadualkan bergabung dengan armada lain di jarak 130 batu nautika.

“Namun, atas beberapa faktor teknikal dan pertimbangan keselamatan, kesemua sembilan kapal kini akan bertemu pada titik dan masa yang masih belum diputuskan oleh FFC,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau turut menjelaskan bahawa FFC masih belum menetapkan masa sebenar ketibaan kapal ke zon merah kerana ia bergantung sepenuhnya kepada keadaan dan situasi semasa di perairan antarabangsa berhampiran Gaza.

Misi flotilla tersebut membawa mesej solidariti dan kemanusiaan bagi menamatkan sekatan ke atas Gaza serta menyampaikan bantuan kepada penduduk Palestin yang terjejas akibat kekejaman rejim Zionis. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Terpedaya ‘kerja gaji lumayan’, pemuda Malaysia jadi keldai dadah di Macau
Next: Kejohanan Olahraga Para Dunia: Bukti dasar inklusif berjaya

Related Stories

Nepal_galsier_landlslide
  • PELBAGAI

54 Malaysians still missing, no deaths officially confirmed – MASFIH

Panya Isamael 01/11/2026 0
IMG-20261030-WA0023
  • PELBAGAI

47 DELEGASI TIGA NEGARA SERTAI FAM TRIP TERENGGANU

Arisna Wiguna 30/10/2026 0
azmi
  • PELBAGAI

MAPIM KECAM TINDAKAN TERBALIKKAN JALUR GEMILANG DI AUSTRALIA

Panya Isamael 25/10/2026 0

TERKINI

  • Hampir 100 kakitangan Media Mulia diberi cuti berbayar
  • PM baharu perlu utamakan 10 agenda kenegaraan
  • MCW mahu Ketua Pengarah AKPS baharu berintegriti, berpengalaman
  • Koperasi HTK jalin kerjasama bangunkan desa pelancongan
  • VFive Group salur sumbangan kepada PERYATIM
No comments to show.

ARKIB

  • November 2026
  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by