Skip to content
27/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Malaysia berpotensi jadi peneraju diplomasi sains global

Panya Isamael 17/11/2025 (Last updated: 17/11/2025) 0 comments
FB_IMG_1763330481063

KUALA LUMPUR – Muslim Scientist Conference menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memimpin kebangkitan semula agenda sains dan teknologi beretika di peringkat serantau dan global demi masa depan yang lebih lestari, adil dan berperikemanusiaan.

Persidangan yang berlangsung di ibu negara itu menghimpunkan perwakilan daripada institusi penyelidikan, universiti, industri teknologi, pertubuhan masyarakat sivil serta wakil antarabangsa, yang sebulat suara menegaskan keperluan mendesak mengembalikan kemajuan sains kepada landasan etika, tanggungjawab dan nilai kemanusiaan.

Sekretariat Muslim Scientist Conference
Kuala Lumpur, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, dunia kini berdepan cabaran getir termasuk ketidakstabilan iklim, krisis kemanusiaan serta jurang sosioekonomi yang semakin melebar, sekali gus menuntut inovasi sains dan teknologi yang lebih seimbang dengan nilai moral serta kelestarian sejagat.

Persidangan itu turut menegaskan bahawa Malaysia mempunyai 'suara moral, kapasiti kepimpinan dan kedudukan strategik' untuk menerajui usaha tersebut berdasarkan komitmen negara terhadap diplomasi kemanusiaan, agenda pembangunan mampan dan kekuatan komuniti saintifik tempatan yang semakin berkembang.

"Empat fokus tindakan dicadangkan untuk diterajui Malaysia iaitu tadbir urus beretika sains dan teknologi meliputi kecerdasan buatan (AI), bioteknologi, peralihan tenaga serta pengurusan data.

"Penyelidikan mampan berfokus kepada kelestarian iklim, keselamatan makanan, pengurusan air, kesihatan awam dan tenaga boleh diperbaharui serta inovasi berorientasikan komuniti bagi memastikan teknologi memberi manfaat kepada kumpulan rentan.

"Terakhir adalah pembentukan jaringan serantau saintis Muslim sebagai platform kerjasama jangka panjang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azmi berkata, persidangan itu turut mengingatkan bahawa tradisi sains Islam suatu ketika dahulu dibina berasaskan keadilan, belas ihsan, pemeliharaan alam serta penghormatan terhadap nyawa, dan nilai tersebut perlu dihidupkan semula bagi menghadapi cabaran global ketika ini.

“Sains tidak boleh dipisahkan daripada hati nurani dan inovasi tidak harus menjadi alat penindasan, eksploitasi atau kemusnahan alam,” katanya.

Muslim Scientist Conference 2025 menyeru Perdana Menteri agar memikul amanah kepimpinan moral dan strategik dalam membangunkan kerjasama serantau serta antarabangsa demi mewujudkan masa depan sains yang adil, selamat dan berteraskan kemanusiaan. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Aravindakumar hadiahkan kemenangan pertama Malaysia di Tokyo
Next: Saintis Muslim diseru bina keupayaan vaksin sendiri

Related Stories

KHTK
  • NASIONAL

50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI

Arisna Wiguna 26/08/2026 0
azmi mapim
  • NASIONAL

‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran

Panya Isamael 26/08/2026 0
retort
  • NASIONAL

Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur

Solomon 25/08/2026 0

TERKINI

  • KL City dapat kelulusan khas daftar pemain bertemu Kuching City
  • 50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI
  • ‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran
  • Cadangan Kerjasama Strategik Perpaduan Melayu Demi Kesejahteraan Semua Kaum
  • Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by