Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • LUAR NEGARA
  • PELBAGAI

Rohingya terus dihimpit ketidakpastian

Panya Isamael 10/12/2025 (Last updated: 10/12/2025) 0 comments
RohingyaLead2CROP

PUTRAJAYA - Rakyat Rohingya dari Myanmar masih tiada penyelesaian politik atau jaminan keselamatan selepas lebih enam tahun sejak pengusiran besar-besaran.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya melahirkan kebimbangan serius terhadap nasib rakyat Rohingya yang terus berdepan salah satu krisis hak asasi manusia paling lama dan diabaikan di dunia.

“Rohingya kini hidup dalam ketidakpastian yang melampau. Hampir satu juta pelarian berada dalam kem pelarian sesak, tanpa akses pendidikan dan perubatan yang mencukupi.

"Anak-anak lahir tanpa kewarganegaraan atau prospek masa depan. Keadaan ini tidak boleh diteruskan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azmi berkata, laporan daripada agensi kemanusiaan dan pemantau hak asasi menunjukkan pembersihan etnik terhadap Rohingya masih berterusan, termasuk operasi ketenteraan terhadap kampung Rohingya.

“Tiada tindakan global akan membiarkan krisis ini terus memburuk. Keengganan dunia bertindak hanya menambah penderitaan rakyat Rohingya," katanya.

Tambahnya, bagi hampir satu juta pelarian Rohingya di Bangladesh, Malaysia, Indonesia dan negara lain, kehidupan mereka kekal rapuh dengan risiko penipuan, eksploitasi, dan sekatan pekerjaan sah.

Justeru itu, katanya, tanpa rancangan pemulangan praktikal atau konsensus antarabangsa mengenai perkongsian beban, Rohingya terperangkap dalam dilema kemanusiaan tanpa masa depan jelas. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Mohammad Ponir Hossain/Reuters

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: India digesa bebaskan segera tahanan politik Kashmir
Next: ACLE : JDT terlepas peluang kukuh kedudukan

Related Stories

AZMI MAPIM
  • LUAR NEGARA
  • TITIK PANDANG

Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine

Arisna Wiguna 28/10/2026 0
Kashmir askar
  • LUAR NEGARA

Kashmir Black Day: MAPIM desak dunia tamatkan 79 tahun ketidakadilan

Arisna Wiguna 27/10/2026 0
gaza
  • LUAR NEGARA

MAPIM TARGETS RM500,000 FOR GAZA WINTER RELIEF

Solomon 26/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by