Skip to content
01/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Mapim gesa perang rasuah tanpa kompromi

Panya Isamael 27/01/2026 (Last updated: 27/01/2026) 0 comments
ChatGPT Image Jan 27, 2026, 08_22_48 PM

SHAH ALAM –  Rasuah dan salah guna kuasa merupakan ancaman serius yang boleh meruntuhkan asas moral, ekonomi serta keselamatan negara jika tidak dibanteras secara tegas dan menyeluruh.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, perbuatan rasuah bukan sekadar isu pentadbiran, sebaliknya krisis amanah yang menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi negara.

Menurut beliau, gejala itu kini dilihat menular bukan sahaja dalam urusan kewangan dan perolehan, malah turut membabitkan struktur kuasa, sistem perundangan, penguatkuasaan serta sektor strategik termasuk keselamatan dan pertahanan negara.

“Apabila amanah rakyat dikhianati, kedaulatan negara sebenarnya sedang terancam dari dalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, rasuah merupakan pengkhianatan terhadap negara dan dosa besar dalam Islam kerana ia memusnahkan keadilan, menindas golongan lemah serta melahirkan kepimpinan yang korup.

Katanya, negara yang membiarkan rasuah berakar umbi akan menjadi lemah walaupun memiliki kekayaan dan kemajuan teknologi.

Dalam pada itu, Mapim berpandangan salah guna kuasa mampu meruntuhkan institusi apabila undang-undang dijadikan alat kepentingan peribadi sehingga menutup kebenaran dan melindungi pesalah.

“Apabila kuasa tidak dikawal oleh etika dan integriti, sistem negara akan berubah menjadi mesin penindasan, bukan pelindung rakyat,” jelasnya.

Sehubungan itu, Mapim menggesa semua penjawat awam agar terus berpegang kepada prinsip amanah, akauntabiliti serta berani menolak dan melaporkan sebarang bentuk rasuah dan penyelewengan.

Menurutnya, kejujuran penjawat awam merupakan nadi kepada kestabilan dan kelangsungan negara.

Mapim turut memberi peringatan keras terhadap bahaya rasuah dalam sektor pertahanan, yang disifatkan bukan sekadar jenayah kewangan tetapi ancaman langsung kepada keselamatan nasional.

“Setiap kontrak dimanipulasi dan keputusan dipengaruhi kepentingan peribadi mendedahkan negara kepada risiko strategik. Pertahanan negara tidak boleh dijual beli,” tegasnya.

Tambahnya, Mapim menyeru agar penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan tanpa pilih kasih, perlindungan menyeluruh diberikan kepada pemberi maklumat serta ketelusan diperkasakan dalam semua urusan perolehan awam.

Katanya, usaha memerangi rasuah menuntut keberanian politik, reformasi institusi dan kesedaran rakyat secara berterusan.

“Amanah rakyat adalah maruah negara. Integriti bukan slogan, sebaliknya benteng terakhir mempertahankan kedaulatan negara,” katanya. - DETIK MALAYSIA

Kredit foto - JANAAN AI

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: ST Rosyam Mart anjur lawatan pasar raya sulung bersama media di Jakel Square
Next: Pinda Akta 700, beri kuasa sebenar kepada EAIC

Related Stories

Mohd Azmi
  • NASIONAL
  • TITIK PANDANG

Hijrah para sahabat ke Habsyah

Solomon 31/07/2026 0
bahasa melayu janaan AI
  • NASIONAL

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan Bahasa Penyatuan Rumpun Nusantara

Solomon 31/07/2026 0
mapim
  • NASIONAL

MAPIM kemuka lapan tuntutan reformasi agensi Bumiputera

Arisna Wiguna 31/07/2026 0

TERKINI

  • Star City FC sasar kelompok tiga terbaik Liga Super
  • Undian rasmi Kejohanan Dunia Sepaktakraw ISTAF 2026 berlangsung telus
  • Hijrah para sahabat ke Habsyah
  • Di kota ini ku tumpahkan setia
  • Ramadan kali ini beza, mak !
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by