PETALING JAYA - Malaysian Football League (MFL) hari ini mengesahkan telah menerima pemakluman rasmi daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung keputusan penggantungan tujuh pemain warisan selama 12 bulan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
MFL dalam kenyataan berkata, berdasarkan keputusan FIFA itu, MFL mengesahkan bahawa tiga pemain daripada kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) turut terlibat.
"Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel tidak boleh beraksi dalam mana-mana pertandingan Liga Malaysia sepanjang tempoh penggantungan," kata kenyataan itu pada Isnin.
Tambahnya, tindakan susulan bagi kes ini hanya akan dibuat MFL apabila keputusan rayuan FAM diumumkan oleh FIFA selepas ini. - DETIK MALAYSIA