YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa majlis perasmian Terminal Bersepadu Gombak di Selangor. 29 September 2025. AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri. NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATORY CREDIT - Afiq Hambali
KUALA LUMPUR – Pembinaan Terminal Bersepadu Gombak menjadi bukti kesungguhan Kerajaan menyediakan ekosistem pengangkutan awam yang lebih sistematik, efisien dan terancang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, terminal moden itu merupakan manifestasi iltizam Kerajaan di bawah kerangka Malaysia Madani yang memberi penekanan kepada pembangunan prasarana canggih, terkini dan bersepadu demi kesejahteraan rakyat.
“Terminal ini berperanan sebagai pusat penghubung sistem pengangkutan awam darat termasuk rel dan bas, selain dihubungkan dengan stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) apabila siap kelak, sekali gus memperkukuh rangkaian pengangkutan negara,” katanya ketika merasmikan terminal berkenaan di Gombak pada Isnin.
Bagaimanapun, Anwar mengingatkan bahawa kewujudan prasarana serba lengkap itu menuntut amalan budaya bersih serta penyelenggaraan berterusan, bukan sahaja daripada pihak pengurusan, malah juga daripada para pengguna.
“Semoga pembangunan ini membawa limpahan manfaat kepada warga Gombak, memperkasa kehidupan mereka, dan seterusnya menjadi salah satu tunjang penting dalam jaringan pengangkutan awam negara,” katanya. - DETIK MALAYSIA
Foto kredit - FB Anwar Ibrahim