YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa lawatan ke Sumud Nusantara Command Centre di MAPIM Malaysia Central Warehouse, Sepang, Selangor. 30 September 2025. FATH RIZAL/Pejabat Perdana Menteri. NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout videos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the visual or facts mentioned in the caption. Reuse of the videos may require further permi
KUALA LUMPUR – Keberanian dan ketabahan para sukarelawan Global Sumud Flotilla yang berhari-hari membelah samudera demi membela keadilan menjadi sumber kekuatan bukan sahaja kepada rakyat Palestin di Gaza, malah kepada masyarakat dunia yang mengikuti misi tersebut dengan semangat perjuangan yang tinggi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau terharu selepas melakukan lawatan ke Markas Utama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) petang tadi, selain menegaskan kerajaan kekal mendukung usaha itu dengan memastikan bantuan kemanusiaan segera disalurkan.
Menurutnya, apa yang utama adalah keselamatan para perwira yang kini berlayar ke Gaza, dengan pasukan flotila dijangka mula memasuki zon merah pada esok hari.
Anwar berkata, Malaysia bersama rakan serantau seperti Turkiye, Itali dan Sepanyol terus berganding tenaga dalam menggerakkan solidariti global, selain mengekalkan hubungan akrab dengan pelbagai pihak antarabangsa.
Beliau turut mendedahkan pertemuannya kelak dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan menjadi medan penting bagi memastikan ruang dialog kekal terbuka dalam usaha menjamin keamanan dan meluaskan laluan bantuan kemanusiaan ke Gaza. - DETIK MALAYSIA
Foto kredit - FB Anwar Ibrahim