Skip to content
15/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

0.88 peratus pemilik lesen memandu belum kemas kini data – MOT

Panya Isamael 30/09/2025 (Last updated: 30/09/2025) 0 comments
FB_IMG_1759233986892

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mendedahkan bahawa kira-kira 0.88 peratus daripada hampir 17 juta penerima inisiatif BUDI RON95 masih belum mengemas kini maklumat Lesen Memandu Malaysia (LMM).

MOT dalam kenyataan berkata, semakan pangkalan data mendapati masalah itu berpunca daripada beberapa faktor termasuk penggunaan dokumen lama ketika membuat permohonan LMM terdahulu seperti kad pengenalan lama, sijil kelahiran serta nombor tentera atau polis.

Selain itu, terdapat juga individu yang masih menggunakan Lesen Memandu Pasukan (ATM/PDRM) dan belum menukar kepada LMM, manakala sebahagian lagi melibatkan nombor kad pengenalan tidak tepat atau memerlukan semakan lanjut.

Sehubungan itu, MOT dan JPJ menyeru semua warganegara yang terlibat untuk segera hadir ke pejabat atau kaunter JPJ berhampiran bagi mengemas kini data.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan bahawa pesara tentera dan polis khususnya perlu menukar Lesen Memandu Pasukan kepada LMM bagi memastikan mereka tidak terlepas daripada menikmati manfaat inisiatif BUDI RON95 yang diperkenalkan kerajaan.

“Langkah ini penting bagi memastikan semua rakyat yang layak benar-benar mendapat manfaat daripada inisiatif Budi RON95,” katanya. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - JPJ

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Pride, SPX Express perkenal loker pengambilan sendiri di lima stesen LRT
Next: Keberanian sukarelawan flotila jadi sumber inspirasi dunia – Anwar

Related Stories

dr kamari
  • NASIONAL

Empat taman, satu muafakat semarak Jelajah Merdeka Perpaduan KRT

Panya Isamael 14/09/2026 0
kemalangan bomba
  • NASIONAL

Tiga maut, dua cedera kemalangan dua kenderaan

Arisna Wiguna 14/09/2026 0
6d2d7a2b-cb50-40be-9bec-6d2d733bb004
  • NASIONAL

Indonesia ungguli SEAOCSTW 2026

Solomon 14/09/2026 0

TERKINI

  • Empat taman, satu muafakat semarak Jelajah Merdeka Perpaduan KRT
  • Buriram perlu tahap tertinggi untuk tewaskan JDT
  • Tiada alasan, Xisco mahu JDT tamatkan badi Buriram
  • Lelaki maut tersepit bawah jentolak
  • Tiga maut, dua cedera kemalangan dua kenderaan
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by