HOUSTON – Brazil bangkit daripada detik cemas sebelum meraih kemenangan dramatik 2-1 ke atas Jepun menerusi jaringan saat akhir Gabriel Martinelli sekali gus mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia.
Skuad kendalian Carlo Ancelotti dikejutkan apabila Kaishu Sano meledak gol pembukaan Jepun pada minit ke-29, sekali gus meletakkan juara dunia lima kali itu di ambang kekalahan pertama dalam aksi kompetitif kepada pasukan dari Asia.
Namun, Brazil kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-56 menerusi tandukan Casemiro sebelum menguasai sepenuhnya babak kedua bagi memburu gol kemenangan.
Penjaga gol Jepun, Zion Suzuki tampil cemerlang dengan beberapa aksi menyelamat penting sehingga berjaya menafikan deretan percubaan Brazil.
Ketika perlawanan seakan-akan berlanjutan ke masa tambahan, Martinelli muncul wira apabila menyempurnakan hantaran Bruno Guimarães pada minit kelima masa kecederaan untuk memastikan Brazil menang 2-1.
Kemenangan itu menyaksikan Brazil melangkah ke pusingan 16 terbaik dan bakal bertemu pemenang aksi antara Norway dan Ivory Coast di New Jersey pada Ahad ini. – DETIK MALAYSIA
Kredit foto – FIFA