Skip to content
25/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

Imigresen gempur pasar malam, ‘downtown’ 97 PATI ditahan

Panya Isamael 06/10/2025 (Last updated: 06/10/2025) 0 comments
WhatsApp Image 2025-10-06 at 12.59.15 PM (1)

KUALA LUMPUR – Seramai 97 warga asing ditahan dalam operasi besar-besaran yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di tapak penjaja pasar malam di Klang dan bazar malam (downtown) Kajang, semalam.

Serbuan yang dijalankan hasil aduan awam dan risikan selama seminggu itu dilakukan oleh sepasukan 90 pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan serta Bahagian Pengurusan Depot dan Tahanan, Ibu Pejabat JIM Putrajaya.

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, operasi berkenaan menyasarkan lokasi tumpuan warga asing, khususnya Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang berselindung di sebalik Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) tamat tempoh.

“Dalam operasi itu, sebanyak 884 individu diperiksa terdiri daripada warganegara tempatan dan asing. Hasil pemeriksaan mendapati 97 warga asing iaitu 72 lelaki dan 25 wanita ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155),” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Kesemua yang ditahan berusia antara 18 hingga 62 tahun dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Beranang dan KLIA untuk siasatan serta tindakan lanjut.

Zakaria berkata, JIM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana warga asing yang menjalankan perniagaan secara haram, tinggal lebih masa atau menyalahgunakan pas di negara ini.

“Tindakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menggaji atau melindungi PATI,” ujarnya. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Jabatan Imigresen Malaysia

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Kereta terbabas langgar tiang elektrik, bapa maut tiga anak cedera parah
Next: MCW desak Motac jelaskan isu tajaan dan minuman keras majlis rasmi

Related Stories

sultan perak
  • PELBAGAI

Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid

Panya Isamael 24/08/2026 0
Dr. Solehah Yaacob
  • PELBAGAI

UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor

Panya Isamael 23/08/2026 0
SOCCHW
  • PELBAGAI

35 sekolah luar negara sertai SOCCHW 2026

Solomon 21/08/2026 0

TERKINI

  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by