Skip to content
25/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • POLITIK

‘ASEAN Cup jangan jadi katak dalam tempurung’ – Raja Isa

Panya Isamael 07/11/2025 (Last updated: 07/11/2025) 0 comments
1761990268006215-1

SHAH ALAM – Pemerhati bola sepak Malaysia, Raja Isa Raja Akram Shah menegaskan negara-negara Asia Tenggara perlu berhati-hati dalam menyusun format dan sistem FIFA ASEAN Cup, agar tidak menjejaskan perkembangan bola sepak di rantau ini.

Menurutnya, 11 negara ASEAN yang bakal menjadi peserta kejohanan anjuran Presiden FIFA, Gianni Infantino, perlu duduk semeja bagi merangka perincian format pertandingan secara teliti.

“Jika agenda ini tidak disusun dengan baik, idea besar tersebut boleh memberi kesan negatif kepada kemajuan bola sepak serantau,” katanya.

Infantino sebelum ini mengumumkan bahawa FIFA ASEAN Cup akan dimasukkan dalam kalender rasmi FIFA, menjadikan setiap perlawanan di kejohanan itu dikira sebagai aksi FIFA Matchday yang mempengaruhi ranking dunia setiap pasukan.

Namun, Raja Isa berpendapat peningkatan mata ranking mungkin tidak terlalu besar kerana hanya Thailand dan Vietnam yang kini berada dalam kelompok 120 pasukan terbaik dunia masing-masing di tangga ke-97 dan ke-111.

“Bagus jika pertandingan ini dikira untuk menambah mata FIFA, tetapi saya kira tambahan mata itu tidak signifikan kerana hanya Thailand dalam kelompok 100 terbaik,” ujarnya.

Tambah beliau, format dan sistem kejohanan masih belum jelas dan perlu diperhalusi segera oleh semua negara peserta.

“Jika dalam satu jendela FIFA Matchday hanya ada dua perlawanan, tempoh itu tidak cukup untuk menamatkan keseluruhan jadual kejohanan,” katanya.

Beliau turut mencadangkan agar penganjur menilai sama ada kejohanan itu akan berbentuk setengah liga atau liga penuh, kerana ia akan mempengaruhi jumlah perlawanan serta tempoh keseluruhan kejohanan.

Raja Isa juga mengingatkan tentang kemungkinan kesan buruk jika tempoh pertandingan terlalu panjang.

“Jika kejohanan ini mengambil masa dua hingga tiga jendela FIFA Matchday, negara ASEAN hanya akan bertemu sesama sendiri. Akibatnya, pasukan-pasukan di rantau ini tidak akan berkembang kerana tidak berdepan lawan yang lebih kuat,” tegasnya.

Menurut beliau, bola sepak ASEAN perlu keluar dari zon selesa dengan menentang pasukan-pasukan di ranking lebih tinggi untuk menguji kekuatan sebenar dan menimba pengalaman antarabangsa.

“Kalau hanya bertemu lawan yang sama berulang kali, kita akan jadi seperti katak dalam tempurung,” katanya bersahaja.

Sumber kredit - Bola.com

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Cklamovski umum skuad 27 pemain, misi buru tiket Piala Asia 2027 diteruskan
Next: Atlet pekak negara sedia gegar Deaflympics Tokyo 2025

Related Stories

Jais sprm
  • POLITIK

SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA

Panya Isamael 24/08/2026 0
azmi-mapim
  • NASIONAL
  • POLITIK

Hentikan pelantikan ahli politik aktif dalam GLC kritikal

Solomon 14/08/2026 0
Jais sprm
  • NASIONAL
  • POLITIK

MCW gesa laporan RCI Tabung Haji dibentang di Parlimen

Panya Isamael 11/08/2026 0

TERKINI

  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by