Skip to content
31/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Atlet pekak negara sedia gegar Deaflympics Tokyo 2025

Panya Isamael 07/11/2025 (Last updated: 07/11/2025) 0 comments
Untitled

JEPUN - Kontinjen atlet pekak negara kini berada dalam fasa terakhir persiapan menjelang temasya Deaflympics 2025 yang bakal berlangsung dari 15 hingga 26 November ini di Tokyo, Jepun.

Sebanyak empat acara bakal disertai Malaysia dalam edisi kali ini iaitu Badminton, Tenpin Boling, Olahraga dan Karate, dengan penyertaan 25 atlet serta 32 pegawai pengiring.

Bagi memastikan prestasi terbaik, kontinjen negara telah berangkat awal pada 4 November lalu dan kini menjalani latihan pusat di Bandar Miyoshi, Jepun bagi menyesuaikan diri dengan cuaca serta persekitaran tuan rumah sebelum ke Tokyo pada 14 November ini.

Dalam Deaflympics Brazil 2022 yang lalu, Malaysia mencipta sejarah apabila membawa pulang dua pingat emas menerusi beregu wanita badminton (Boon Wei Ying & Foo Zu Tung) dan pasukan wanita tenpin boling.

Bagi edisi Tokyo kali ini, kontinjen negara meletakkan sasaran tiga pingat emas, dengan dua diharap datang dari acara badminton (beregu wanita dan beregu campuran) serta satu lagi daripada acara tenpin boling.

Tumpuan turut terarah kepada atlet olahraga sensasi negara, Mohamad Zamir, yang digelar ‘Raja Pecut Pekak Asia Tenggara’ selepas menjuarai acara 100 meter di Sukan SEA Pekak Jakarta 2025 dengan catatan masa 11.06 saat.

Malaysia optimis kehebatan Zamir mampu diterjemahkan kepada podium kemenangan di Tokyo kali ini.

Kontinjen Malaysia membawa semangat juang tinggi dengan tekad mengharumkan nama negara di pentas dunia, di samping memperkukuh hubungan dua hala Malaysia–Jepun dalam pembangunan sukan Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran.

Menurut Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) dalam satu kenyataan, persiapan rapi telah dilakukan bagi memastikan semua atlet berada pada tahap terbaik untuk menghadapi cabaran di Tokyo.

“Kami percaya dengan semangat dan disiplin tinggi yang ditunjukkan oleh semua atlet, kontinjen Malaysia mampu mencipta kejayaan baharu di Deaflympics 2025,” kata kenyataan itu. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: ‘ASEAN Cup jangan jadi katak dalam tempurung’ – Raja Isa
Next: Empat jaguh karate pekak sedia gegar Tokyo

Related Stories

Kuching City
  • SUKAN

Kuching City terus buntu, tewas tipis kepada Gangwon FC

Solomon 29/10/2026 0
ZK Racing
  • SUKAN

Hakim Danish bersemangat buru keputusan terbaik di Sepang

Solomon 29/10/2026 0
CelcomDigi and ZK Racing
  • SUKAN

CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 

Panya Isamael 29/10/2026 0

TERKINI

  • 54 keluarga mangsa banjir Nepal-Tibet masih menanti bantuan khas
  • MAPIM EXTENDS CONDOLENCES TO VICTIMS, FAMILIES OF SPAIN TRAIN CRASH
  • 47 DELEGASI TIGA NEGARA SERTAI FAM TRIP TERENGGANU
  • KEMPEN KEBENCIAN DI MEDIA SOSIAL BOLEH CETUS KEGANASAN
  • CelcomDigi hargai lebih 20 juta pelanggan
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by