Skip to content
26/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Empat jaguh karate pekak sedia gegar Tokyo

Panya Isamael 07/11/2025 (Last updated: 07/11/2025) 0 comments
Untitled

TOKYO - Skuad karate pekak negara kini berada pada tahap prestasi terbaik menjelang Deaflympics 2025 yang bakal membuka tirai di Tokyo dari 15 hingga 26 November ini.

Latihan intensif yang dijalankan sejak ketibaan kontinjen di Jepun memperlihatkan komitmen tinggi dan semangat juang luar biasa dalam kalangan atlet, selaras dengan matlamat membawa pulang pingat ke tanah air.

Tumpuan utama pastinya terarah kepada Yilamaran Vispalinggam, pemenang pingat perak acara Kumite pada edisi Deaflympics Brazil 2022. Kali ini, beliau tampil dengan azam baharu untuk memperbaiki pencapaian lalu selepas tewas tipis kepada atlet dari Ukraine di pentas final.

Selain Yilamaran, skuad negara turut diperkuatkan tiga lagi atlet muda berbakat besar, Muhammad Danial Moharam, Muhammad Iqbal Mohd Taib dan Muhammad Afiq Mohd Taib yang bakal menjadi sandaran baharu Malaysia dalam usaha mencipta kejayaan di bumi matahari terbit.

Di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Caleb Zheng, skuad karate pekak negara bertekad untuk memberikan persembahan terbaik dan menjulang nama Malaysia di pentas dunia.

Menurut kenyataan Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), skuad karate telah menunjukkan peningkatan konsisten sepanjang sesi latihan dan diyakini mampu menyumbang kilauan pingat dalam temasya kali ini.

“Kami percaya dengan disiplin dan fokus tinggi yang ditunjukkan oleh barisan atlet, skuad karate pekak negara mampu menghadirkan kejutan di Tokyo,” kata kenyataan itu. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Atlet pekak negara sedia gegar Deaflympics Tokyo 2025
Next: Motosikal ‘tumpang’ petak kereta, MPAJ keluarkan totis amaran

Related Stories

MFL
  • SUKAN

MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0

Arisna Wiguna 25/08/2026 0
taekwondo
  • SUKAN

500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka

Panya Isamael 25/08/2026 0
Naib Canselor UPSI
  • SUKAN

Naib Canselor UPSI sebak Danish kalung tiga pingat emas

Arisna Wiguna 23/08/2026 0

TERKINI

  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by