Skip to content
26/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

Motosikal ‘tumpang’ petak kereta, MPAJ keluarkan totis amaran

Panya Isamael 07/11/2025 (Last updated: 07/11/2025) 0 comments
573188014_18351748054162223_8632718821116016398_n

AMPANG JAYA – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menerusi Jabatan Penguatkuasaannya mengambil tindakan tegas terhadap motosikal yang diletakkan di dalam petak letak kereta awam di beberapa lokasi sekitar kawasan pentadbirannya.

Antara kawasan terlibat ialah Jalan Pandan 3/8 di Pandan Jaya, Jalan Bandar Melawati di Taman Melawati dan Jalan Nirwana 1/1 di Taman Nirwana.

Menurut kenyataan MPAJ, operasi itu dijalankan susulan aduan awam serta hasil pemantauan berterusan bagi memastikan penggunaan petak parkir awam berada dalam keadaan teratur dan tidak mengganggu pengguna lain.

“Tindakan penguatkuasaan dilakukan mengikut peruntukan undang-undang kecil yang berkuat kuasa, termasuk pengeluaran notis amaran dan pengalihan motosikal yang menyalahi peraturan,” kata kenyataan itu.

MPAJ turut menasihatkan orang ramai supaya meletakkan motosikal di kawasan parkir khas yang disediakan bagi mengelakkan dikenakan saman atau tindakan sitaan.

Katanya, langkah tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan pihak berkuasa tempatan itu dalam memastikan persekitaran bandar yang tersusun, selamat dan kondusif untuk kesejahteraan komuniti.

Sebarang aduan atau maklum balas boleh disalurkan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) MPAJ di pautan https://mpaj.spab.gov.my atau dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-22-8100. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - MPAJ

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Empat jaguh karate pekak sedia gegar Tokyo
Next: SSFC gesa Dr. Johan dan Shahril letak jawatan

Related Stories

sultan perak
  • PELBAGAI

Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid

Panya Isamael 24/08/2026 0
Dr. Solehah Yaacob
  • PELBAGAI

UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor

Panya Isamael 23/08/2026 0
SOCCHW
  • PELBAGAI

35 sekolah luar negara sertai SOCCHW 2026

Solomon 21/08/2026 0

TERKINI

  • 50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI
  • ‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran
  • Cadangan Kerjasama Strategik Perpaduan Melayu Demi Kesejahteraan Semua Kaum
  • Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata
  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by