Skip to content
31/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL
  • POLITIK

Bekas Setpol Kanan PM nafi arahan rakaman, dakwa fitnah terancang

Panya Isamael 27/11/2025 (Last updated: 27/11/2025) 0 comments
587531424_1366225334874165_9073039004755879503_n

KOTA KINABALU – Bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin, semalam membuat laporan polis berhubung dakwaan fitnah yang mengaitkan kononnya terdapat arahan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merakam perbualan beberapa ahli politik Sabah.

Shamsul berkata, laporan itu dibuat sekitar pukul 5.05 petang ketika beliau berada di Gum Gum, di tengah-tengah kempen PRU Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Menurutnya, tuduhan yang dilemparkan individu dikenali sebagai Albert Tei itu bukan sahaja tidak berasas, malah jelas berniat jahat untuk menjejaskan imej Perdana Menteri serta mengganggu kestabilan kerajaan.

“Perbuatan tuduhan fitnah ini jelas satu konspirasi jahat untuk memburukkan imej YAB Perdana Menteri dan usaha terancang menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik, apatah lagi ketika musim kempen pilihan raya Sabah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook semalam.

Shamsul berkata, beliau tidak akan berdiam diri sekiranya ada individu menggunakan namanya atau jawatan yang pernah disandangnya untuk mencetuskan persepsi buruk terhadap kerajaan.

“Saya tidak akan membiarkan mana-mana individu menggunakan nama saya atau jawatan saya sebelum ini untuk cuba menjatuhkan kerajaan atau mencemarkan nama baik Perdana Menteri,” katanya.

Beliau turut yakin Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan segera memulakan siasatan terhadap dakwaan berkenaan, selain menyatakan kesediaan memberi kerjasama penuh kepada mana-mana agensi penguat kuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Facebook Shamsul Iskandar Mohd. Akin

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: PM terima peletakan jawatan Setpol Kanan, SPRM bebas siasat
Next: Kemboja tarik diri acara bola sepak dan 8 sukan lain saat akhir

Related Stories

Banjir Nepal
  • NASIONAL

54 keluarga mangsa banjir Nepal-Tibet masih menanti bantuan khas

Arisna Wiguna 30/10/2026 0
Azmi
  • NASIONAL

KEMPEN KEBENCIAN DI MEDIA SOSIAL BOLEH CETUS KEGANASAN

Arisna Wiguna 30/10/2026 0
CelcomDigi
  • NASIONAL

CelcomDigi hargai lebih 20 juta pelanggan

Arisna Wiguna 30/10/2026 0

TERKINI

  • 54 keluarga mangsa banjir Nepal-Tibet masih menanti bantuan khas
  • MAPIM EXTENDS CONDOLENCES TO VICTIMS, FAMILIES OF SPAIN TRAIN CRASH
  • 47 DELEGASI TIGA NEGARA SERTAI FAM TRIP TERENGGANU
  • KEMPEN KEBENCIAN DI MEDIA SOSIAL BOLEH CETUS KEGANASAN
  • CelcomDigi hargai lebih 20 juta pelanggan
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by