Skip to content
19/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Cobra Blacks B-15 bangkit juara di MD 10s

Panya Isamael 24/09/2025 (Last updated: 24/09/2025) 0 comments
75a45770-ee14-49af-8cb2-0545a5d04491

KUALA LUMPUR – Kejayaan manis skuad muda Akademi Cobra, Cobra Blacks, menjulang trofi Kejohanan Ragbi Hari Malaysia 10 Sebelah (MD 10s) kategori Bawah 15 (B15) di Padang Victoria Institution, semalam, berpunca daripada pengalaman berharga di pentas Kejohanan Piala Ketua Menteri Melaka 2025.

Cobra Blacks menampilkan aksi penuh disiplin sebelum menundukkan Akademi Ragbi Venom Frog (Venom) 7-5 dalam final mendebarkan yang berlangsung penuh taktikal.

Menurut Ketua Jurulatih Akademi Cobra, Datuk Aldillan Anuar, cabaran sengit yang dihadapi di Stadium Hang Tuah, Melaka sebelum ini menjadi medan terbaik membentuk ketahanan mental dan corak permainan anak buahnya.

“Syukur, segala perancangan berjaya dilaksanakan meskipun pasukan ditekan lawan. Pengalaman di Melaka memberi banyak pengajaran, terutama dari segi karakter, disiplin dan fokus untuk mengekalkan rentak sendiri berdepan pasukan yang lebih laju, kuat serta berbakat,” katanya.

Dalam aksi final, Venom mendominasi babak awal dengan serangan bertali arus ke kubu Cobra Blacks. Namun, skuad kendalian Fakhrul Akmal Alias tetap tenang dan berjaya memanfaatkan peluang keemasan untuk memastikan kemenangan.

Lebih menarik, Cobra Blacks sebelum ini tewas 0-10 kepada Venom di peringkat kumpulan. Bagaimanapun, mereka kembali bangkit dengan menundukkan Sekolah Bintang Utara 21-0 dan Victoria Institution 20-0, sebelum menewaskan Panthers 11 di separuh akhir menerusi kelebihan melakukan try pertama selepas terikat 12-12.

Fakhrul Akmal berkata, kekuatan mental serta semangat juang tinggi pemain menjadi kunci utama kejayaan pasukannya.

“Walaupun pernah ditewaskan lawan sama, mereka tidak hilang semangat. Sebaliknya bangkit dengan disiplin dan keazaman luar biasa. Terima kasih juga kepada Datuk Aldillan, jurulatih bersama Saiful Azwan Baderi, pengurusan dan ibu bapa atas sokongan padu,” ujarnya.

Kemenangan skuad B15 ini melengkapkan kejayaan Akademi Cobra selepas pasukan B16 turut meraih gelaran Plate pada Kejohanan Kuala Lumpur Highland Games 2025 di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort dengan menewaskan Kelab Ragbi Bukit Jelutong 10-0. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Sumud Flotila : ‘Letupan sengaja untuk menakutkan kami’
Next: Belum sebulan bertugas, TPR SPRM dicekup polis

Related Stories

Lionel Scaloni
  • SUKAN

Scaloni tuntut Argentina tampil aksi terbaik pertahan kejuaraan

Arisna Wiguna 19/07/2026 0
Luis De La Fuente
  • SUKAN

De La Fuente: Sepanyol wajib kuasai setiap detik final

Arisna Wiguna 19/07/2026 0
France England
  • SUKAN

England raih tempat ketiga, benam Perancis 6-4 dalam aksi 10 gol

Solomon 19/07/2026 0

TERKINI

  • Scaloni tuntut Argentina tampil aksi terbaik pertahan kejuaraan
  • De La Fuente: Sepanyol wajib kuasai setiap detik final
  • MAPIM gesa undang-undang antarabangsa dikuat kuasa tanpa pilih kasih
  • AS-Irael ubah sasaran perang terhadap Iran, bukti dasar tidak konsisten
  • England raih tempat ketiga, benam Perancis 6-4 dalam aksi 10 gol
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by