Skip to content
26/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Sumud Flotila : ‘Letupan sengaja untuk menakutkan kami’

Panya Isamael 24/09/2025 (Last updated: 24/09/2025) 0 comments
afp_68c716690baf-1757877865

KUALA LUMPUR – Peserta misi kemanusiaan Global Flotilla ke Gaza, Rahmat Ikhsan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat mendedahkan mereka berdepan serangan psikologi apabila beberapa letupan sengaja dilepaskan berhampiran kapal yang disertai.

Menurutnya, letupan itu bukan mengenai kapal secara langsung sebaliknya dilepaskan ke laut berdekatan dengan tujuan menimbulkan rasa takut serta melemahkan semangat para sukarelawan.

“Malam yang panjang untuk kami. Letupan memang sengaja dibuat di air laut atau sebelah kapal, yakni bukan terus ke kapal dengan motif menakutkan dan menimbulkan rasa patah semangat. Inilah serangan psikologi.

“Kami sudah dilatih hampir seminggu untuk berhadapan dengan isu-isu gila seperti ini. Insya-Allah semuanya baik-baik belaka,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Beliau turut memaklumkan dron masih berlegar di ruang udara berhampiran kapal dan dipantau secara berkala oleh pasukan misi.

Jika berlaku serangan terus seperti yang pernah terjadi di Tunisia, katanya, mereka juga sudah bersiap sedia dengan pemadam api.

“Dunia wajib tahu bahawa kami adalah misi kemanusiaan tanpa senjata. Sekelumit yang kami rasa adalah jauh berbanding penderitaan Gaza yang sudah berlarutan lebih 700 hari.

“Pengiktirafan negara Barat terhadap Palestin hanyalah sia-sia atau wayang jika konvoi bantuan laut ini tidak dapat sampai ke pantai Gaza. Kegilaan ini perlu dihentikan. Bantuan wajib sampai,” tegasnya. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - AFP

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Dron, letupan sasar bot flotila bantuan Gaza
Next: Cobra Blacks B-15 bangkit juara di MD 10s

Related Stories

KHTK
  • NASIONAL

50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI

Arisna Wiguna 26/08/2026 0
azmi mapim
  • NASIONAL

‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran

Panya Isamael 26/08/2026 0
retort
  • NASIONAL

Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur

Solomon 25/08/2026 0

TERKINI

  • 50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI
  • ‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran
  • Cadangan Kerjasama Strategik Perpaduan Melayu Demi Kesejahteraan Semua Kaum
  • Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata
  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by