Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • LUAR NEGARA

Dron, letupan sasar bot flotila bantuan Gaza

Panya Isamael 24/09/2025 (Last updated: 24/09/2025) 0 comments
552607881_18306697369219421_7099253368397155651_n

ATHENS – Flotila Global Sumud (GSF) yang membawa aktivis pro-Palestin mendakwa beberapa bot mereka disasarkan dengan serangan dron dan letupan ketika berada berhampiran Greece.

Menurut kenyataan GSF, mereka berdepan gangguan komunikasi, bunyi letupan serta objek tidak dikenali yang dijatuhkan daripada dron.

“Beberapa dron kelihatan, objek tidak dikenali dijatuhkan, komunikasi diganggu dan letupan didengar dari beberapa bot. Kami sedang menyaksikan operasi psikologi secara langsung sekarang, namun kami tidak akan gentar,” jelas kenyataan itu.

Aktivis hak asasi manusia Jerman, Yasemin Acar mendakwa lima kapal diserang dalam kejadian tersebut, malah dalam rakaman videonya di Instagram beliau menyatakan mereka melihat antara 15 hingga 16 dron berlegar sebelum sistem radio terganggu dengan muzik kuat.

Satu lagi rakaman yang dimuat naik di laman rasmi Instagram flotila itu menunjukkan letupan dari bot Spectre.

Aktivis Brazil, Thiago Avila pula mendakwa empat bot disasarkan dengan dron yang melepaskan bahan tertentu sebelum satu lagi letupan kedengaran di latar belakang video.

Awal bulan ini, GSF mendakwa bot mereka diserang dron selama dua hari ketika berada di Tunisia, namun Kementerian Dalam Negeri negara itu menafikan laporan berkenaan.

Flotila berkenaan yang membawa lebih 50 kapal, termasuk bot dinaiki aktivis iklim terkenal Sweden, Greta Thunberg, berlepas dari Barcelona hujung Ogos lalu dengan misi “memecahkan kepungan haram Israel ke atas Gaza.”

Setakat ini, majoriti kapal flotila tersebut berada berhampiran pulau Crete, Greece.

Israel dalam kenyataannya pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan flotila itu sampai ke Gaza, selepas dua cubaan terdahulu oleh aktivis pada Jun dan Julai lalu berjaya dihalang. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Sebastiano Diamante/AP

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Jalan mendap 30 meter depan Hospital Vajira
Next: Sumud Flotila : ‘Letupan sengaja untuk menakutkan kami’

Related Stories

AZMI MAPIM
  • LUAR NEGARA
  • TITIK PANDANG

Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine

Arisna Wiguna 28/10/2026 0
Kashmir askar
  • LUAR NEGARA

Kashmir Black Day: MAPIM desak dunia tamatkan 79 tahun ketidakadilan

Arisna Wiguna 27/10/2026 0
gaza
  • LUAR NEGARA

MAPIM TARGETS RM500,000 FOR GAZA WINTER RELIEF

Solomon 26/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by