Skip to content
25/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • LUAR NEGARA

Jalan mendap 30 meter depan Hospital Vajira

Panya Isamael 24/09/2025 (Last updated: 24/09/2025) 0 comments
InCollage_20250924_095043971

BANGKOK – Kejadian jalan mendap berskala besar menggemparkan orang ramai apabila permukaan jalan di hadapan Hospital Vajira, Jalan Samsen, daerah Dusit, Bangkok runtuh pagi tadi.

Insiden sekitar 7 pagi (waktu tempatan) itu menyebabkan terbentuknya lubang selebar 30 x 30 meter dengan kedalaman kira-kira 50 meter, selain turut memutuskan sebuah paip air utama hingga berlaku limpahan air di kawasan tersebut.

Ekoran kejadian itu, pihak berkuasa segera menutup laluan trafik berhampiran termasuk dari simpang Vajira ke simpang Sang Hi serta kawasan Jambatan Krung Thon arah masuk ke bandar bagi mengelakkan sebarang risiko lanjut.

Hospital Vajira turut menghentikan sementara operasi pesakit luar dan perkhidmatan kecemasan sambil memindahkan beberapa pesakit serta orang awam yang berada berhampiran kawasan terjejas.

Menurut akaun rasmi JS100 Radio di platform X, pihak hospital mengesahkan tindakan itu diambil kerana kawasan tersebut diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi.

“Disebabkan di depan Hospital Vajira Jalan Samsen jalan mendap, paip air besar pecah dan terdapat genangan air. Hospital sementara menangguhkan penerimaan pesakit kecemasan dan rawatan kerana kawasan ini berbahaya,” katanya.

Setakat ini, tiada mangsa cedera atau terkorban dilaporkan.

Pihak berkuasa tempatan kini menjalankan siasatan lanjut berhubung punca kejadian, namun laporan awal mengaitkannya dengan kerosakan paip air besar di kawasan terbabit. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Hakim Danish bakal ke Moto3, SIC rayu sokongan korporat
Next: Dron, letupan sasar bot flotila bantuan Gaza

Related Stories

azmi mapim
  • LUAR NEGARA

MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan

Solomon 24/08/2026 0
gaza
  • LUAR NEGARA

MAPIM gesa dunia jangan normalisasikan kekejaman Israel di Gaza

Panya Isamael 21/08/2026 0
Dr. Mazen Rantisi
  • LUAR NEGARA

MAPIM gesa pembebasan segera ‘doktor orang miskin’ ditahan Israel

Solomon 15/08/2026 0

TERKINI

  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
  • MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi
  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by