Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Hakim Danish bakal ke Moto3, SIC rayu sokongan korporat

Panya Isamael 24/09/2025 (Last updated: 24/09/2025) 0 comments
screenshot

SEPANG – Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Sepang International Circuit (SIC), Sharfriman Hanif menyifatkan pencapaian pelumba muda negara, Hakim Danish, sebagai sesuatu yang cukup membanggakan buat Malaysia.

Menurutnya, kejayaan Danish menamatkan saingan di tempat ketiga dalam kategori Red Bull Rookies merupakan bukti kemampuan pelumba berusia 16 tahun itu untuk bersaing di pentas antarabangsa.

“Alhamdulillah, pencapaian ini bukan sahaja membanggakan pihak SIC tetapi juga Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta seluruh rakyat Malaysia. Namun, perjalanan Danish tidak berhenti di sini kerana beliau masih mempunyai dua lagi pusingan dalam JuniorGP.

“Harapan kami, beliau dapat mengekalkan prestasi cemerlang untuk menutup musim ini dengan keputusan terbaik, sekali gus membuka peluang lebih besar musim depan,” katanya kepada pemberita pada Rabu.

Sharfriman menjelaskan, perbincangan sedang dijalankan bersama pasukan Zekir Racing bagi memastikan Danish dapat beraksi dalam kejuaraan Moto3 World Championship secara penuh musim depan.

Namun, beliau mengakui isu kewangan menjadi cabaran utama yang perlu ditangani segera.

“Setakat ini, dana khusus masih belum dimuktamadkan sama ada daripada pihak kami mahupun KBS. Sebab itu kami menyeru syarikat korporat di luar sana tampil memberi sokongan kepada karier Danish.

“Jika dalam baki dua perlumbaan JuniorGP ini beliau berjaya meraih podium, ia pasti akan menarik lebih ramai penaja. Apa yang penting, prestasi Danish dan rakan sepasukannya, Kabil Irfan, sudah membuktikan mereka mempunyai kualiti yang tinggi,” ujarnya.

Sharfriman menegaskan bahawa SIC bersama KBS akan terus berdiri teguh di belakang Danish, sambil mengharapkan kehadiran pihak luar untuk membantu pelumba muda itu merealisasikan impian bersaing di Moto3 tahun depan. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Sumud Flotila: Dron masih berlegar, kisah Dr Osman jadi penawar hati
Next: Jalan mendap 30 meter depan Hospital Vajira

Related Stories

CelcomDigi and ZK Racing
  • SUKAN

CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 

Panya Isamael 29/10/2026 0
zahid hamidi
  • SUKAN

Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid

Panya Isamael 28/10/2026 0
Xisco Muñoz
  • SUKAN

JDT ibarat mesin, Xisco puas hati

Panya Isamael 27/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by