KUALA TERENGGANU – Seramai 280 pengetua, pegawai, guru dan pelajar dari Indonesia serta Selatan Thailand berkunjung ke Taman Tamadun Islam (TTI) dan Noor Arfa Craft Centre (NACC) sempena usaha merancakkan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Lawatan itu dianjurkan Koperasi Homestay Teluk Ketapang Terengganu Berhad (KHTK) dengan kerjasama TTI Management dan NACC, bersempena program Southeast Asia Olympiad Championship and Cultural Heritage 2036.
Sebanyak lapan bas dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) membawa kesemua delegasi berkenaan ke TTI dan NACC bagi menyertai pelbagai aktiviti yang diatur pihak pengurusan.
Dalam pada itu, semua delegasi turut digalakkan mempromosikan aktiviti di NACC selain keindahan Masjid Kristal dan Taman Monumen menerusi media sosial.
Usaha berkenaan bertujuan memperkenalkan keunikan serta produk pelancongan Terengganu dalam membantu mempromosikan Visit Truly Terengganu 2027.
Kerjasama itu diharap dapat terus diperkukuh sekali gus membantu merancakkan Tahun Melawat Malaysia 2026 dan kempen Visit Truly Terengganu 2027. – DETIK MALAYSIA
