Skip to content
29/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Jangan ketinggalan, pendidikan perlu bermula lebih awal

Panya Isamael 29/01/2026 (Last updated: 29/01/2026) 0 comments
ChatGPT Image Jan 29, 2026, 12_18_34 PM

SHAH ALAM – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyokong cadangan persekolahan kanak-kanak bermula pada umur enam tahun selaras dengan perubahan realiti sosial dan perkembangan dunia pendidikan masa kini.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, langkah itu wajar memandangkan pendedahan awal terhadap pembelajaran kini berlaku secara semula jadi dalam kehidupan harian kanak-kanak.

Menurut beliau, isu tersebut bukan bertujuan memaksa kanak-kanak menjadi dewasa sebelum waktunya, sebaliknya menyesuaikan sistem pendidikan dengan perubahan zaman.

“Ini bukan soal memaksa kanak-kanak matang terlalu awal, tetapi soal memastikan sistem pendidikan tidak ketinggalan berbanding realiti dunia yang telah berubah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azmi menjelaskan bahawa kanak-kanak masa kini terdedah kepada bahasa, teknologi, visual serta maklumat sejak usia yang sangat muda, sekali gus menuntut pendekatan pembelajaran yang lebih awal dan tersusun.

“Pada umur enam tahun, keupayaan kognitif kanak-kanak seperti berfikir, bertanya, membaca asas dan berinteraksi sosial sudah cukup matang untuk pembelajaran berstruktur secara ringan dan berperingkat,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa sekolah seharusnya berfungsi sebagai fasilitator pembelajaran, bukannya institusi yang menekan perkembangan kanak-kanak.

“Persekolahan awal yang betul perlu menekankan eksplorasi, pembinaan sahsiah, kemahiran asas serta minat terhadap ilmu, bukan peperiksaan atau tekanan akademik,” katanya.

Tambah beliau, pelaksanaan persekolahan pada usia enam tahun juga mampu membantu mengurangkan jurang pembelajaran antara kanak-kanak daripada latar belakang sosioekonomi berbeza.

“Akses awal kepada rangsangan pendidikan penting bagi memastikan ketidaksamaan tidak terus melebar sejak peringkat awal,” ujarnya.

Dalam masa sama, Mohd Azmi berkata sekolah memainkan peranan penting dalam membentuk keseimbangan psikososial kanak-kanak melalui pembinaan disiplin asas, kemahiran komunikasi serta kebolehan bekerjasama sebelum memasuki pembelajaran yang lebih formal.

Bagaimanapun, beliau menegaskan beberapa syarat penting perlu dipatuhi bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan tersebut.

Antaranya termasuk kurikulum yang sesuai dengan tahap perkembangan umur, fleksibel dan berasaskan konsep bermain sambil belajar, selain guru yang dilatih khusus dalam pendidikan awal kanak-kanak.

“Penilaian juga perlu bersifat formatif dan membina, bukan menghukum, manakala peranan ibu bapa sebagai rakan pendidikan mesti diperkukuh,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa umur enam tahun bukanlah terlalu awal sekiranya pendekatan yang digunakan adalah tepat.

“Yang merosakkan kanak-kanak bukan pembelajaran awal, tetapi sistem yang kaku dan menekan.

“Mempercepat pembelajaran tidak bermaksud mempercepat kehilangan zaman kanak-kanak, sebaliknya memanfaatkan potensi mereka secara bijaksana dan berperikemanusiaan,” katanya. - DETIK MALAYSIA

Kredit foto- JANAAN AI

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Xisco anggap aksi lawan Shan United paling kritikal
Next: Kerajaan perlu tegas terhadap rumah ibadat haram – Mapim

Related Stories

Koperasi HTK
  • NASIONAL

32 delegasi Teluk Ketapang sertai Sidang Kemuncak Pendidikan, Budaya di Makasar

Panya Isamael 28/07/2026 0
nelayan bot fiber
  • NASIONAL

Tekong warga asing diberkas di perairan Kapar

Panya Isamael 27/07/2026 0
wartawan mcw
  • NASIONAL

Enam wartawan diiktiraf Tokoh Wartawan Antirasuah MCW

Panya Isamael 25/07/2026 0

TERKINI

  • PolyCCSkills 2026 perkasa bakat TVET dalam bidang High Rope
  • PABM bangga capai sasaran tiga emas, gesa ISN perhalusi SOP sokongan atlet
  • 32 delegasi Teluk Ketapang sertai Sidang Kemuncak Pendidikan, Budaya di Makasar
  • John Stones pilih Inter, Liverpool dan Arsenal kempunan
  • Andi Farid terlepas aksi ARRC, alami beberapa keretakan tulang
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by