Skip to content
29/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

“Masuk pelaburan emas rela hati, rugi RM100,000”

Panya Isamael 26/11/2025 (Last updated: 26/11/2025) 0 comments
b3541fa9-8f5a-4be7-abc0-38f870f018e2

KUALA LUMPUR – Seorang mangsa penipuan pelaburan emas mengalami kerugian besar berjumlah RM100,000 akibat diperdaya skim pelaburan emas.

Mangsa yang membuat laporan polis pada 14 Februari 2024 di IPD Kuala Muda, Sungai Petani berkata, beliau memohon siasatan dipercepatkan dan pertuduhan terhadap pihak terlibat dapat dibawa ke mahkamah tanpa kelewatan.

“Saya mewakili mangsa ingin meminta PDRM membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420. Saya sudah buat laporan, dan saya mohon siasatan dipertingkatkan supaya individu ini segera didakwa,” katanya, hari ini.

Beliau berkata, dirinya terpengaruh menyertai pelaburan emas itu selepas diperkenalkan oleh seorang rakan pada tahun 2023, dan menyertainya atas kerelaan sendiri tanpa sebarang paksaan.

Namun, tidak lama kemudian, beliau menyedari skim itu hanyalah penipuan sehingga menyebabkan dirinya kerugian RM100,000, iaitu jumlah yang dianggap sangat besar baginya.

“Tiada siapa paksa, saya masuk dengan rela hati. Tapi nasib saya tidak baik. Tak lama selepas masuk, baru saya sedar saya ditipu,” katanya.

Mangsa berharap PDRM dapat memberi perhatian khusus terhadap kes ini agar lebih ramai rakyat tidak terus menjadi mangsa penipuan pelaburan yang semakin berleluasa.

Sementara itu, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menggesa PDRM mengambil tindakan segera terhadap individu yang dikehendaki berhubung kes penipuan pelaburan saham dan emas membabitkan kerugian lebih RM25 juta.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya menerima aduan daripada 112 mangsa yang ditipu melalui dua skim pelaburan, iaitu pelaburan saham RPS/i-RPS dan satu program pelaburan emas, masing-masing dijalankan oleh dua syarikat berbeza.

Hishamuddin berkata, MHO turut memohon agar bantuan Interpol digunakan bagi menjejak suspek yang dipercayai melarikan diri ke luar negara.

"Mangsa mendakwa projek pelaburan yang dijanjikan sebenarnya tidak wujud, menyebabkan mereka menanggung kerugian keseluruhan berjumlah RM25,338,524.32.

"MHO bersama para mangsa hadir hari ini untuk memohon perhatian Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa, agar pihak berkuasa mendengar keluhan mangsa dan mempercepatkan tindakan siasatan," katanya.

Menurut beliau, mangsa program pelaburan emas memohon siasatan yang sedang dijalankan diselesaikan segera dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Tambahnya, isu itu bukan sahaja membabitkan kerugian kewangan, tetapi turut menyentuh kepercayaan dan keselamatan pelabur awam. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Haresh Deol dakwa diserang dua lelaki di Bangsar
Next: ACL2 : “Tiada kalah demi lencana Selangor”

Related Stories

Koperasi HTK
  • NASIONAL

32 delegasi Teluk Ketapang sertai Sidang Kemuncak Pendidikan, Budaya di Makasar

Panya Isamael 28/07/2026 0
nelayan bot fiber
  • NASIONAL

Tekong warga asing diberkas di perairan Kapar

Panya Isamael 27/07/2026 0
wartawan mcw
  • NASIONAL

Enam wartawan diiktiraf Tokoh Wartawan Antirasuah MCW

Panya Isamael 25/07/2026 0

TERKINI

  • PolyCCSkills 2026 perkasa bakat TVET dalam bidang High Rope
  • PABM bangga capai sasaran tiga emas, gesa ISN perhalusi SOP sokongan atlet
  • 32 delegasi Teluk Ketapang sertai Sidang Kemuncak Pendidikan, Budaya di Makasar
  • John Stones pilih Inter, Liverpool dan Arsenal kempunan
  • Andi Farid terlepas aksi ARRC, alami beberapa keretakan tulang
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by