Skip to content
31/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

Mayat lelaki tersangkut di Sungai Klang

Panya Isamael 10/10/2025 (Last updated: 10/10/2025) 0 comments
IMG-20251010-WA0002

SUBANG JAYA – Seorang lelaki ditemui mati tersangkut di batu bersama longgokan sampah di Sungai Klang berhampiran USJ 1, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat itu pada pukul 11.15 pagi selepas dimaklumkan oleh orang awam.

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati pengadu yang merupakan warga tempatan ternampak satu mayat berada di seberang Sungai Klang ketika sedang membuat tinjauan di kawasan projek sebelum memulakan kerja.

“Pengadu segera menghubungi talian kecemasan MERS 999 bagi memaklumkan kepada pihak polis. Mayat kemudiannya dibawa ke tebing sungai dengan bantuan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat SS17 Subang Jaya,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Wan Azlan berkata, mangsa ditemui dalam keadaan terlentang dengan berpakaian lengkap iaitu berbaju T berkolar berwarna hitam tertera perkataan security dan berseluar panjang hitam.

“Mangsa dianggarkan mempunyai ketinggian kira-kira 1.60 meter. Pegawai perubatan dari Hospital Sungai Buloh telah mengesahkan kematian mangsa pada pukul 2.45 petang,” katanya.

Beliau berkata, identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan awal oleh pegawai forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mendapati mayat berada dalam keadaan reput dan punca kecederaan tidak dapat dipastikan,” katanya.

Menurutnya, mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk proses bedah siasat.

Katanya, kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan penuh bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100 atau Ketua Polis Balai USJ8 di talian 019-6558707. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: SOJC 2025 : Kejayaan senior bakar semangat skuad muda New Zealand
Next: Lori kontena bawa muatan besi 80 peratus terbakar

Related Stories

IMG-20261030-WA0023
  • PELBAGAI

47 DELEGASI TIGA NEGARA SERTAI FAM TRIP TERENGGANU

Arisna Wiguna 30/10/2026 0
azmi
  • PELBAGAI

MAPIM KECAM TINDAKAN TERBALIKKAN JALUR GEMILANG DI AUSTRALIA

Panya Isamael 25/10/2026 0
Nor Saiful Zaini Nasirrudin
  • PELBAGAI

YOUNG TIGERS KE FINAL, NOR SAIFUL ANGGAP AKSI PENUH DRAMA

Panya Isamael 22/10/2026 0

TERKINI

  • 54 keluarga mangsa banjir Nepal-Tibet masih menanti bantuan khas
  • MAPIM EXTENDS CONDOLENCES TO VICTIMS, FAMILIES OF SPAIN TRAIN CRASH
  • 47 DELEGASI TIGA NEGARA SERTAI FAM TRIP TERENGGANU
  • KEMPEN KEBENCIAN DI MEDIA SOSIAL BOLEH CETUS KEGANASAN
  • CelcomDigi hargai lebih 20 juta pelanggan
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by