Skip to content
26/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

MCW persoal jurang pampasan kes Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh

Panya Isamael 12/11/2025 (Last updated: 12/11/2025) 0 comments
WhatsApp-Image-2025-11-06-at-9.08.18-AM

KUALA LUMPUR – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mempersoalkan perbezaan ketara jumlah pampasan yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi kepada keluarga dua mangsa kehilangan paksa, Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh, yang masing-masing menerima pampasan sebanyak RM3.26 juta dan lebih RM37 juta.

Presiden MCW, Jais Abdul Karim, berkata jurang besar dalam keputusan mahkamah itu menimbulkan persoalan terhadap prinsip keadilan sejagat dan kesaksamaan undang-undang di negara ini.

“Prinsip keadilan tidak boleh dipengaruhi oleh agama, latar belakang atau status seseorang. Nilai nyawa rakyat tidak boleh diukur berdasarkan siapa mereka atau sejauh mana perhatian media diberikan kepada kes tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, walaupun kedua-dua keputusan mahkamah mengesahkan wujudnya kegagalan pihak keselamatan dalam melindungi mangsa, perbezaan jumlah pampasan itu memberi kesan negatif terhadap keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman.

“Kegagalan menangani isu penghilangan paksa secara adil akan menjejaskan reputasi negara di peringkat antarabangsa serta menggugat kepercayaan pelabur terhadap kestabilan sistem keadilan Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu, MCW menggesa Pejabat Peguam Negara (AGC) memfailkan semakan semula kadar pampasan kepada keluarga Amri Che Mat agar diselaraskan dengan kes Pastor Raymond Koh berdasarkan prinsip keadilan yang sama.

Pertubuhan itu turut mencadangkan kerajaan Persekutuan menubuhkan mekanisme pencegahan penghilangan paksa serta Parlimen Malaysia menggubal garis panduan pampasan nasional bagi mengelakkan jurang nilai nyawa rakyat di masa depan.

“Isu ini bukan soal agama atau kelompok, tetapi cerminan integriti negara dalam menjunjung rule of law. Jika jurang pampasan ini dibiarkan, ia menghantar mesej bahawa nilai nyawa rakyat boleh berubah mengikut identiti sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan dan semangat keadilan negara,” katanya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: MHO desak siasatan segera kes along aibkan mangsa
Next: Lelaki curi gitar Gibson Les Paul Studio bernilai RM8,000 dicekup

Related Stories

KHTK
  • NASIONAL

50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI

Arisna Wiguna 26/08/2026 0
azmi mapim
  • NASIONAL

‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran

Panya Isamael 26/08/2026 0
retort
  • NASIONAL

Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur

Solomon 25/08/2026 0

TERKINI

  • 50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI
  • ‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran
  • Cadangan Kerjasama Strategik Perpaduan Melayu Demi Kesejahteraan Semua Kaum
  • Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata
  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by