Skip to content
27/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

MHO desak siasatan segera kes along aibkan mangsa

Panya Isamael 12/11/2025 (Last updated: 12/11/2025) 0 comments
Untitled

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mendesak pihak polis menjalankan siasatan segera terhadap sekumpulan individu dipercayai pemberi pinjam wang yang bertindak mencabul kehormatan dan mengaibkan seorang mangsa baru-baru ini.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim, berkata pihaknya menerima aduan daripada seorang individu yang mendakwa dipaksa menanggalkan pakaian di sebuah tandas pusat beli-belah oleh kumpulan terbabit di bawah ancaman.

Menurutnya, mangsa turut kehilangan dompet serta barangan peribadi selain lebih memalukan apabila rakaman video ketika mangsa dalam keadaan tidak berpakaian disebarkan di media sosial sehingga menjejaskan maruah serta reputasinya.

“Perbuatan itu jelas melanggar undang-undang di bawah beberapa seksyen Kanun Keseksaan termasuk pemerasan, ugutan jenayah, serangan, mencabul kehormatan, pencurian dan penyebaran bahan lucah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, penyebaran rakaman video tersebut di media sosial juga boleh disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menggunakan rangkaian komunikasi secara tidak wajar untuk menyebarkan kandungan bersifat lucah dan mengaibkan.

Susulan itu, MHO mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar segera membuka kertas siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap semua individu terlibat supaya pelaku tidak terlepas daripada hukuman.

“Tindakan segera amat perlu bagi menghantar mesej bahawa perbuatan menjatuhkan maruah manusia tidak akan diterima dalam apa jua keadaan,” katanya.

Menurutnya, MHO turut menyeru masyarakat agar tidak menularkan semula rakaman video berkenaan, kerana ia bukan sahaja satu kesalahan undang-undang, malah boleh menambah penderitaan dan trauma terhadap mangsa.

Katanya, MHO turut menyatakan komitmen untuk terus memantau perkembangan kes tersebut serta bersedia memberikan bantuan undang-undang dan sokongan moral kepada mangsa bagi menegakkan keadilan. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: UMNO khianati perjuangan bangsa – Tun Dr. Mahathir
Next: MCW persoal jurang pampasan kes Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh

Related Stories

KHTK
  • NASIONAL

50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI

Arisna Wiguna 26/08/2026 0
azmi mapim
  • NASIONAL

‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran

Panya Isamael 26/08/2026 0
retort
  • NASIONAL

Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur

Solomon 25/08/2026 0

TERKINI

  • KL City dapat kelulusan khas daftar pemain bertemu Kuching City
  • 50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI
  • ‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran
  • Cadangan Kerjasama Strategik Perpaduan Melayu Demi Kesejahteraan Semua Kaum
  • Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by