Skip to content
25/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • POLITIK

UMNO khianati perjuangan bangsa – Tun Dr. Mahathir

Panya Isamael 12/11/2025 (Last updated: 12/11/2025) 0 comments
578607744_1420573822769807_8512648781856969719_n (1)

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menzahirkan kekecewaannya terhadap ahli-ahli UMNO yang didakwa telah mengkhianati perjuangan asal parti itu serta pengorbanan generasi terdahulu dalam menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

Dr. Mahathir mendakwa tindakan UMNO menyokong perjanjian dengan Amerika Syarikat disifatkan sebagai langkah yang menghapuskan erti kemerdekaan negara.

“Kamu sudah khianati perjuangan ibu bapa dan datuk nenek kamu untuk kemerdekaan Tanah Melayu. Hari ini kamu sokong tindakan meletakkan negara ini di bawah kuasa Amerika Syarikat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau mendakwa perjanjian itu bukan sahaja melibatkan pembelian barangan Amerika bernilai hampir RM1 trilion, tetapi turut menuntut Malaysia menyokong dasar dan tindakan Washington serta merujuk segala urusan luar negara supaya tidak bertentangan dengan pendirian Amerika.

“Keberanian Malaysia sudah tidak ada lagi. Segala-galanya kini ditentukan oleh Amerika Syarikat,” katanya.

Dr. Mahathir turut menuduh UMNO telah menyimpang daripada perjuangan asal parti itu dan menuduh pemimpinnya kini hanya mementingkan kepentingan diri sendiri.

“UMNO sudah jadi pengkhianat kepada bangsa Melayu. Parti itu tidak lagi berjuang untuk bangsa, negara dan agama,” katanya.

Tambahnya, sejarah akan mencatat pengkhianatan itu sebagai satu titik hitam terhadap perjuangan bangsa Melayu. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Mapim, iREACH hantar pasukan bantuan kecemasan ke Filipina
Next: MHO desak siasatan segera kes along aibkan mangsa

Related Stories

Jais sprm
  • POLITIK

SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA

Panya Isamael 24/08/2026 0
azmi-mapim
  • NASIONAL
  • POLITIK

Hentikan pelantikan ahli politik aktif dalam GLC kritikal

Solomon 14/08/2026 0
Jais sprm
  • NASIONAL
  • POLITIK

MCW gesa laporan RCI Tabung Haji dibentang di Parlimen

Panya Isamael 11/08/2026 0

TERKINI

  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by