Skip to content
24/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Namewee didakwa miliki dan guna dadah

Panya Isamael 03/11/2025 (Last updated: 03/11/2025) 0 comments
InCollage_20251103_093117085

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pengarah kontroversi, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, didakwa di mahkamah atas dua pertuduhan membabitkan kesalahan memiliki dan menggunakan dadah selepas ditahan polis di sebuah hotel di ibu negara baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, suspek berusia 42 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 22 Oktober lalu kira-kira pukul 4.30 petang di sebuah bilik hotel sekitar Kuala Lumpur.

“Hasil pemeriksaan di dalam bilik berkenaan menemui sembilan biji pil berwarna biru disyaki pil ecstasy seberat kira-kira 5.12 gram. Suspek kemudian dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati Namewee positif dadah jenis Amp/Meth/Ketamin/THC dan ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan.

Katanya, pada 24 Oktober lalu, suspek telah dituduh di mahkamah atas dua pertuduhan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Bagi pertuduhan pertama di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas kesalahan memiliki dadah, tertuduh tidak mengaku salah dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin tempatan.

“Pertuduhan kedua pula di bawah Seksyen 15(1)(a) akta sama atas kesalahan menggunakan dadah setelah didapati positif ujian urin. Tertuduh juga tidak mengaku bersalah dan dibenarkan jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin tempatan,” jelasnya.

Katanya, tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 18 Disember 2025. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Ketua Polis KL tamat cabaran Ironman Langkawi 2025
Next: JPJ giat operasi perang lebih muatan, 2,398 saman dikeluarkan

Related Stories

MHO
  • NASIONAL

MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi

Arisna Wiguna 24/08/2026 0
khtk
  • NASIONAL

Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026

Solomon 23/08/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

UPSI tuan rumah Temasya Sukan Tabung Haji 2026

Solomon 23/08/2026 0

TERKINI

  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
  • MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi
  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
  • UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by