Skip to content
01/11/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

Ketua Polis KL tamat cabaran Ironman Langkawi 2025

Panya Isamael 02/11/2025 (Last updated: 02/11/2025) 0 comments
FB_IMG_1762084117185

LANGKAWI – Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, membuktikan ketahanan fizikal dan mental luar biasa apabila berjaya menamatkan cabaran Ironman Malaysia 2025 di Langkawi semalam.

Beliau bersama 18 pegawai dan anggota Pasukan PDRM turut mengambil bahagian dalam acara sukan lasak itu yang turut merangkumi kategori Ironman 70.3 Langkawi 2025.

Upacara flag off disempurnakan oleh Datuk Mohd Salleh Saidin di Pantai Kok, Langkawi, yang menjadi saksi kepada ribuan peserta dari seluruh dunia menyahut cabaran triatlon terkemuka itu.

Fadil menamatkan cabaran penuh Ironman Malaysia yang melibatkan renangan sejauh 3.8 kilometer, kayuhan basikal 180 kilometer dan larian maraton 42 kilometer, menjadikan keseluruhan jarak 226 kilometer kesemuanya diselesaikan dalam tempoh 16 jam.

Antara anggota pasukan yang turut serta ialah DSP Mohd Zaki Ahmad, ASP Zulkarnain Rikan, ASP Abdul Hai Salleh, Insp Azwan Petrus, Konst Muhammad Afzal Farhan, Kpl Farhan Lokman dan Mohd Syahrin Hassan Sezali.

Sementara itu, dalam kategori Ironman 70.3 Langkawi, yang melibatkan renangan 1.9km, berbasikal 90km dan larian half marathon 21km, Kpl Muhammad Luqmanul Hakim Hamidi dari PDRM berjaya meraih tempat ketiga.

Beliau bersaing bersama ASP Awang Hamad, Inspektor Mohamad Aznan, Inspektor Izhar Shafie dan Korperal Muhamad Hidayat Afifi.
Bagi kategori Relay, pasukan Relay 2 yang terdiri daripada Sarjan Joshua Luta Nangai (berenang), Korperal Jupha Somnet (berbasikal) dan L/Korperal Atiqur Rahman (larian) turut membanggakan pasukan apabila berjaya meraih tempat kedua. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Penduduk Batu 11 Gombak rayu penangguhan pengosongan rumah
Next: Namewee didakwa miliki dan guna dadah

Related Stories

Nepal_galsier_landlslide
  • PELBAGAI

54 Malaysians still missing, no deaths officially confirmed – MASFIH

Panya Isamael 01/11/2026 0
IMG-20261030-WA0023
  • PELBAGAI

47 DELEGASI TIGA NEGARA SERTAI FAM TRIP TERENGGANU

Arisna Wiguna 30/10/2026 0
azmi
  • PELBAGAI

MAPIM KECAM TINDAKAN TERBALIKKAN JALUR GEMILANG DI AUSTRALIA

Panya Isamael 25/10/2026 0

TERKINI

  • VFive Group salur sumbangan kepada PERYATIM
  • Marquez ungguli GP Malaysia, Acosta kedua
  • 54 Malaysians still missing, no deaths officially confirmed – MASFIH
  • Kuasa politik Arab mampu cabar dominasi Zionis di Israel
  • UPSI terima sumbangan Proton e.MAS 7, perkukuh pembelajaran teknologi EV
No comments to show.

ARKIB

  • November 2026
  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by