filter: 0; fileterIntensity: 0.0; filterMask: 0; hdrForward: 0; brp_mask:0; brp_del_th:null; brp_del_sen:null; delta:null; module: photo;hw-remosaic: false;touch: (-1.0, -1.0);sceneMode: 2;cct_value: 0;AI_Scene: (-1, -1);aec_lux: 0.0;aec_lux_index: 0;HdrStatus: auto;albedo: ;confidence: ;motionLevel: -1;weatherinfo: null;temperature: 44;
GOMBAK - Penduduk di kawasan Batu Sebelah, Batu 11 Gombak, di sini, merayu campur tangan segera pihak berkuasa serta pemimpin politik bagi menangguhkan tindakan perobohan kediaman mereka yang dijadualkan selewat-lewatnya pada 10 November ini.
Setiausaha Jawatankuasa Bertindak Rantau Utara Batu 11 Gombak, Norfahizariha Darus, 37, berkata sebelum ini mereka menerima notis pertama daripada Jabatan Perhutanan Selangor bertarikh 15 Oktober 2024 yang membabitkan 17 buah rumah, namun diberikan penangguhan tanpa tarikh tetap.
Bagaimanapun, katanya, pada 9 Oktober lalu, penduduk menerima notis baharu yang mengarahkan semua penghuni mengosongkan kediaman masing-masing dalam tempoh sembilan hari.
“Kami sudah mengambil pelbagai langkah termasuk menghantar surat kepada ketua kampung, penghulu, pejabat daerah, pejabat Menteri Besar, pejabat politik Timbalan Perdana Menteri serta pejabat Jabatan Perhutanan.
Kami bukan mahu menentang, sebaliknya hanya memohon penangguhan kerana kebanyakan penduduk tidak mampu berpindah dalam masa singkat,” katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar di kawasan berkenaan, hari ini.
Penduduk berharap kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan dapat meneliti semula tarikh pengosongan berkenaan bagi memberi ruang kepada mereka mencari penyelesaian lebih wajar dan berperikemanusiaan. - DETIK MALAYSIA