Skip to content
24/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

JPJ giat operasi perang lebih muatan, 2,398 saman dikeluarkan

Panya Isamael 03/11/2025 (Last updated: 03/11/2025) 0 comments
InCollage_20251103_094133602

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memperketat pelaksanaan Operasi Perang Lebih Muatan di sekitar ibu kota sejak 14 Oktober lalu dalam usaha memastikan keselamatan jalan raya terjamin serta membanteras kegiatan kenderaan perdagangan membawa muatan berlebihan.

Pengarah JPJ WPKL, Hamidi Adam berkata, operasi yang dijalankan sehingga 31 Disember ini melibatkan Unit Operasi dan Falcon serta menumpukan kawasan berisiko tinggi seperti tapak kuari, pelabuhan dan zon industri berat.

“Fokus diberikan kepada kenderaan yang membawa muatan seperti batu, pasir, tanah, silika, arang batu, besi, sawit dan kayu balak yang sering menjadi punca kerosakan jalan serta kemalangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, hasil operasi setakat ini mendapati 14 buah kenderaan telah ditahan dan disita atas pelbagai kesalahan termasuk membawa muatan berlebihan, melanggar syarat tahap perkhidmatan, tamat lesen kenderaan motor, tiada insurans, tiada lesen memandu vokasional serta kesalahan teknikal lain.

Katanya, daripada jumlah itu, enam pemandu merupakan warga asing dari Indonesia dan India manakala lapan lagi warga tempatan.
Semua mereka dikenakan tindakan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010) dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Hamidi berkata, sepanjang operasi dijalankan, pihaknya turut berdepan cabaran apabila segelintir pemandu enggan memberi kerjasama dengan pelbagai alasan seperti kenderaan rosak atau menolak untuk ditimbang.

“Tindakan menghalang atau melengah-lengahkan tugas penguat kuasa boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 234 APAD 2010 yang memperuntukkan denda hingga RM200,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Setakat ini, sebanyak 5,967 kenderaan diperiksa dengan 2,398 notis saman dikeluarkan terhadap 939 kenderaan yang dikesan melakukan pelanggaran undang-undang.

Beliau berkata, JPJ WPKL tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pemandu atau syarikat pengangkutan yang cuai sehingga membahayakan keselamatan awam atau menyebabkan kerosakan jalan raya.

“JPJ WPKL akan terus mempergiat pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan pengguna serta memelihara integriti sistem pengangkutan negara,” katanya.

Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kesalahan lalu lintas boleh menyalurkannya melalui aplikasi MyJPJ: e-Aduan atau emel ke aduantrafik@jpj.gov.my dengan menyertakan butiran lengkap. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - JPJ WPKL

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Namewee didakwa miliki dan guna dadah
Next: Warga emas hilang ketika menjala ikan ditemui selamat

Related Stories

MHO
  • NASIONAL

MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi

Arisna Wiguna 24/08/2026 0
khtk
  • NASIONAL

Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026

Solomon 23/08/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

UPSI tuan rumah Temasya Sukan Tabung Haji 2026

Solomon 23/08/2026 0

TERKINI

  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
  • MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi
  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
  • UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by